Tuesday 29 January 2013

WAJAH CERMINAN HATI!!!!



WAJAH-WAJAH ANWAR IBRAHIM DIMAKAN SUMPAH - TIADA LAGI 'NUR' DI WAJAH MU





Mungkin kita semua masih ingat bahawa Anwar Ibrahim yg pernah dilepaskan tetapi tidak dibebaskan oleh mahkamah setelah beliau berjaya membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak bersalah meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.


Namun begitu, masih ingatkah kita bahwa mahkamah tidak menolak bahawa perkara liwat itu berlaku. Kita menerima bahawa Anwar boleh melarikan diri dari mahkamah dunia, tetapi mahkamah Allah beliau perlu berhadapan.


Dalam masa yang sama, bagi membuktikan tuduhan terhadap Anwar itu benar, maka Saiful telah bersumpah laknat sebagai seorang muslim yang merasakan bertanggungjawab dan insaf diatas kesalahan sebelumnya. Aku lebih hormat saiful, kerana beliau berani berkata benar walaupun pahit untuk berbuat demikian, apatah lagi bersumpah yg disaksikan oleh ayah sendiri.


Natijahnya, kita sendiri boleh melihat bahawa Anwar Ibrahim dari sehari ke sehari tidak putus-putus menerima aib dari perbuatannya. Dari raut wajahnya, kita sendiri sebagai org Islam dan manusia normal, boleh melihat kesukaran dan kesempitan jiwa Anwar ini.

"Wajah Anwar sudah hilang Nur.... " itulah kata-kata seorang kawan aku setelah melihat gambar2 yg tidak diedit ini. Kita semua, sama-samalah berdoa agar kita tidak dilaknat oleh Allah swt didunia dan akhirat. Amin.....



LIHAT DAN BANDINGKAN WAJAH NUAR DAN NAJIB,SIAPA LEBIH SEDAP MATA MEMANDANG???


                                                                                     























No comments: