PAS BUKAN SAHAJA MENDUAKAN ALLAH MALAH MENG'EMPAT'KAN ALLAH IA ITU:
ALLAH TAALA,ALLAH BAPA,ALLAH ANAK,DAN ALLAH RUHUL KUDUS.
PAS TELAH MENGIKHTIRAF KONSEP TRINITY DALAM KRISTIAN DAN MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN.
INI JELAS MENUNJUKAN BAHAWA PAS TELAH MERENDAHKAN ALLAH BILA MANA BERIA-IA SANGAT MENYAMATARAFKAN ALLAH DENGAN TIGA TUHAN KRISTIAN.
GAMBAR HIASAN. |
PELACUR HIGH KELAS PEMIMPIN PAS BETINA!!!
Nampaknya, penganut
Kristian di Malaysia bersungguh-sungguh benar ingin menggunakan nama
‘Allah’ dalam kitab-kitab agama mereka seolah-olah tanpa menggunakannya
maka ajaran Kristian mereka tidak lengkap dan tidak tepat.....
Kita tahu niat sebenar
puak-puak ini iaitu untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang
Melayu Islam di mana mereka yang agak cetek pengetahuan agama pasti
mudah menjadi keliru dan akhirnya dimurtadkan apabila melihat nama Allah
di dalam risalah dakwah dan kitab-kitab Kristian.
Kita tidak yakin bahawa
taktik kotor ini dibenarkan dalam agama Kristian kerana kita percaya
yang semua agama mementingkan ketelusan dan keikhlasan.
Bagaimana seseorang dapat
menyatakan dia berada di pihak yang benar dalam soal agama jika cara
yang digunakan untuk menyampaikannya adalah licik iaitu cara manipulasi
atau penipuan halus.
Cara kotor ini hanya sesuai dikaitkan dengan politik, bukan agama....
Justeru, tidak hairanlah
yang menjadi juara penyebaran Kristian dengan cara licik iaitu dengan
menggunakan injil berbahasa Melayu dan Kalimah Allah sebagai merujuk
kepada ‘Tuhan’ Kristian, adalah parti DAP.
Tidak hairan juga yang ia
turut dipersetujui dan disokong oleh PKR, hatta PAS juga, walaupun
parti itu kononnya menjadi barisan hadapan atau benteng pertahanan
Islam.
Seharusnya, apabila isu
ini timbul, pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia termasuk para Ulama
mengambil inisiatif mengajak puak Kristian ke meja perbincangan dan
perbahasan ilmiah bagi mencari penyelesaian.
Memandangkan isu ini
telah menjadi isu politik yang hangat, maka adalah lebih afdal bagi PAS
sendiri untuk memulakan perbincangan dan perbahasan dengan sekutunya DAP
bagi mengenalpasti apakah signifikannya bagi Kristian untuk menggunakan
nama Allah dalam kitab mereka?
Jika puak Kristian DAP
gagal membentangkan alasan yang signifikan, maka jelaslah bahawa isu ini
bersifat licik serta wajib ditentang.
Namun, PAS tidak pernah
bersemuka dengan DAP untuk memahami alasan mereka tetapi terus sahaja
mengeluarkan kenyataan menyokong, kononnya tiada salahnya dalam isu
penggunaan nama Allah di dalam kitab agama lain.
Adalah tidak wajar PAS
menyokong perjuangan Kristian DAP ini tanpa terlebih dahulu mengupas
tujuannya dan memahami kewajarannya.
Ini kerana, nama ‘Allah’
tidak digunakan dalam mana-mana kitab Kristian di negara-negara dengan
pengamal agama itu yang paling ramai.
Secara dasarnya, Kristian percaya
bahawa Tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu ‘God the Father’ (Tuhan
Bapa), ‘God the Son’ (Tuhan Anak) dan ‘Holy Spirit’ (Roh Kudus).
Ketiga-tiga ‘elemen’ ini dirujuk sebagai satu Tuhan dengan panggilan umum, ‘the Lord’.
Seperti juga Islam,
terdapat berbagai mazhab dalam Kristian. Tiga mazhab utama Kristian
ialah Katholik, Eastern Orthodox dan juga Protestant.
Puak Kristian DAP yang
menimbulkan isu kalimah Allah ini adalah dari mazhab Protestant.
Mereka merujuk kepada diri mereka sebagai ‘Evangelist’ iaitu, jika
mengikut penerangan Wikipedia, ia bermakna ‘pendakwah’ yang mempunyai
misi khas untuk menarik penganut agama lain agar memeluk Kristian.
Mazhab prostestant juga
berpecah kepada beberapa versi yang turut melalui berbagai perubahan
dari zaman ke zaman serta berbeza mengikut tempat.
Protestant adalah
satu mazhab yang menidakkan pemusatan kuasa ke atas Pope tetapi atas
individu sendiri berasaskan ‘keimanannya’ kepada kitab Injil.
Walaubagaimanapun, asas
Kristian tetap sama iaitu berpegang kepada konsep Trinity dan merujuk
kepada Tuhan sebagai ‘the Lord’.
Namun, semua Kristian juga memahami
bahawa perkataan ‘Abba’ turut merujuk kepada Tuhan kerana ia adalah
panggilan Nabi Isa (Jesus) kepada bapanya.
Ini tidak menghairankan kerana ‘bapa’ di dalam bahasa Arab, berbunyi ‘Abi’.
Nama ‘Allah’ tidak
disebut di mana-mana dalam dokumen yang menerangkan Kristian, sekali gus
bermakna tiada alasan yang munasabah bagi DAP untuk bermati-matian
memperjuangkannya.
Jelas sekali bahawa isu
ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu agenda licik dan berniat jahat
semata-mata, dalam usaha DAP untuk mengembangkan agama Kristian.
Justeru, alasan PAS
bahawa parti itu menyokong DAP dalam isu ini selagi nama Allah tidak
disalahguna adalah tidak relevan sama sekali kerana sudah terang lagi
bersuluh bahawa ia bukan sahaja disalahguna tetapi digunakan dengan niat
jahat.
Dengan itu, sokongan yang PAS tunjukkan terhadap DAP wajar dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap Islam.
Jangan kita lupa bahawa
PAS juga yang menghentam kerajaan dalam isu 30,000 kitab injil berbahasa
Melayu yang ditahan di pelabuhan tahun 2011 kerana kontroversi kalimah
‘Allah’ di dalamnya.
Kesimpulannya, PAS adalah
kuda tunggangan yang boleh ditunggang terbalikkan sesuka hati oleh DAP
untuk mencapai apa sahaja matlamat mereka, termasuk menyebarkan Kristian
dan memurtadkan umat Islam.
No comments:
Post a Comment