Dr. Haron Din Gesa Tubuhkan Undang-Undang Pelihara Kalimah Allah.
SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah
Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen
mahupun di peringkat Persekutuan.
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr
Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah
Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga
melanggar batasan Agama.
"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.
"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu
peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam
dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah
dalam kitab agama mereka,” tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri
Shah Alam malam tadi.
Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan
kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu
perbuatan syirik."Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci
diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.
"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam
pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam
mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah
sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam,
itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,”
tegasnya.
Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan
keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi
memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan
Allah. "Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan
sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.
"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah
Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara. "Allah yang pilih nama dia,
Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam
perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.
"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai
kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak.
Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya
satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,”
jelasnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan
keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak
membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa
Melayu.Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap
prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang baru-baru ini.(dari blog keris pusaka)
No comments:
Post a Comment