PEMBOHONG,BERPUTAR LIDAH LIDAH BERCABANG!!!!
PAS dahulu percaya rezeki ditangan Allah,PAS sekarang percaya rezeki di tangan DAP.Sebab itulah pemimpin PAS sekarang dah ramai yang gila babi.
Percaya rezeki di tangan manusia,contohnya PAS percaya DAP
yang jelas menolak islam pasti akan berjaya membawa ke Putra Jaya lantas tunduk pada desakan DAP dalam hal yang melibatkan akidah umat,maka mayat puak PAS nanti pasti akan membelakangkan kiblat selepas tiga langkah orang meninggalkan kuburnya.
Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop'
pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang
bukan Islam.
Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.
Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu
penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis
Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan
tunduk menikus kepada tekanan Dap.
Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.
Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.
Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden
Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut
nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.
Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis
Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau
'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan
penyebutanya.
Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan
keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam
Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi
sekarang ia pula lantang melarangnya.
Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir
menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian
daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.
Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah
Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada
keutamaan orang Islam.
Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana
Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai
betapa pentingnya umat Melayu bersatu.
Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu
diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat
dengan orang bukan Islam.
Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!
Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan
kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.
Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama
ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan
melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?
Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.
Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan
Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan
catur parti itu.
Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.
Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekali Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.
Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut
bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan
Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.
Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah
pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura
Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli
parti pula.
Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz,
Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik
mereka.
Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan
memberi impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan
Dap dan PKR.
Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna
politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa
parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR
dan Dap.
Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu
politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan
PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan
tidak memerlukan sekutunya?
No comments:
Post a Comment