Wednesday, 9 January 2013

RAJA MANDALIAR MENDERHAKA!!!!!!!


Kurang Ajar Namanya....Isu kalimah: Anwar pertikai Sultan Selangor.


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang,
 Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan 
titah Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin 
Idris Shah apabila baginda melarang 
penggunaan kalimah Allah oleh
 bukan Islam.

Pendirian tegas Sultan  Sharafuddin Idris 
Shah itu dibuat menerusi kenyataan yang 
dikeluarkan Majlis Agama Islam 
Selangor (Mais) hari ini.


Di dalam sidang media hari ini, Anwar yang
 juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
 seolah-olah menempelak titah Sultan apabila 
menuduh Mais sebagai hanya cenderung 
mengkritik Pakatan Rakyat dan bukannya 
pimpinan Umno.


“MAIS bergerak bebas..tiada kena-mengena 
dengan kerajaan negeri Selangor Bahkan beberapa 
kenyataan Mais itu tidaksemestinya 
mewakili    pandangan kerajaan negeri.


“Sebab itu larangan dan kritikan itu semua 
terhadap Pakatan..tidak pernah terhadap Umno.
 Termasuk pemimpin Umno dan keluarga yang 
mempunyai kepentingan menguasai syarikat 
arak pun tidak ditegur oleh Majlis Agama,”
 katanya pada sidang media selepas mesyuarat 
Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.


Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan 
kesal dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim 
Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan 
membenarkan kalimah Allah diguna dalam injil 
berbahasa Melayu, kata Setiausaha Mais Datuk Mohd
 Misri Idris.


Datuk Mohd Misri berkata mesyuarat khas Sultan
 Selangor bersama beberapa orang ahli MAIS, 
Mufti Selangor serta pegawai tertinggi Mais dan 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad
 lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan 
hanya boleh digunakan boleh umat Islam.


"(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali 
digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana
 agama bukan Islam yang lain sebagaimana 
yang telah difatwa dan diwartakanpada
18Februari 2010", kata Mohd Misri, 
menjelaskan ketetapan Sultan Selangor
 itu.


Misri berkata Sultan Sharafuddin pernah
 mengeluarkan titah yang sama bersabit 
isu ini tiga tahun lalu namun 
telah dipandang ringan oleh sesetengah
 pihak apabila ia dibangkitkan sekali lagi.


Justeru baginda menitahkan MAIS dan JAIS
 mengambil tindakan tegas terhadap individu
 yang cuba mempersendakan penggunaan 
kalimah Allah ini.

No comments: