Friday, 18 January 2013

IMAM MAHADI.

Kod–kod rahsia perjuangan alMahdi.

(dari blog king of the east)

Terdapat satu pandangan yang saya kira amat baik diangkat sebagai artikel untuk diteliti bersama. Perbincangan dan misteri siapakah dia manusia yang bergelar Imam Mahdi masih lagi mewarnai kehidupan sebahagian dari Umat Islam khususnya Bangsa Melayu.


Sama ada ia (Imam Mahdi) datang dari kalangan bangsa ini atau tidak, ianya bukanlah persoalan utama. Tak perlu kita taksub kerana ia sentiasa dipelihara Allah swt. Ringkas kata, apa guna sekiranya dia sebangsa dengan kita jika kita gagal menyertai perjuangannya. Yang lebih penting ialah kita harus terus fokus. Menjaga diri supaya tidak tercicir dan hilang dilambung arus fitnah besar akhir zaman.
Yahudi Zionis telah "bingung". Di manakah manusia yang menggerunkan (bagi Yahudi) ini?  Di mana lagi harus dicari? Berbagai usaha telah dilakukan. Dari peristiwa Ben Laden hinggalah ke Arab Spring. Perlukah seluruh bumi Islam dilumatkan bagi menghapuskannya? Kini sebahagian kecil Asia Tenggara sahaja yang belum diselongkar (negara beraja). Perlukah negara-negara kecil ini juga dijahanamkan?

Masa kemunculannya semakin hampir. Yahudi semakin tertekan.

Janji Allah itu "benar". HambaNya ini akan dilindungi sepenuhnya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kepada kaum Yahudi, perlulah dinasihatkan supaya memberhentikan usaha yang sia-sia itu. Berputus asalah kamu. Tidak mungkin kamu menemuinya melainkan setelah Allah persiapkannya untuk menghapuskan kamu dan pengikut-pengikut kamu (jesuit).

Kod-kod rahsia mengenainya berselerak di sana-sini. Sebahagian besar maklumat seperti telah kita sedia maklum, disabdakan secara langsung oleh baginda Rasulullah saw, namun sebahagiannya disampaikan secara berhemah (perlambangan), sebahagian lagi pula disampaikan melalui kod-kod khas melalui perkhabaran atau penyampaian berciri kompleks, ada juga yang sukar difahami (dalam cahaya ada sinar dan sebagainya).
Ramai kalangan pengkaji tidak berani mengupas beberapa hadis sahih yang bertentangan antara satu sama lain. Ada juga hadis-hadis yang kelihatan ganjil dan tidak dapat dirungkai atau disesuaikan dengan lain-lain hadis. Contohnya

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum api muncul dari tanah Hijaz yang dapat menerangi leher-leher unta di Basrah. (Shahih Muslim No.5164)

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Iaitu tempat muncul tanduk syaitan. (Shahih Muslim No.5167)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seorang lelaki muncul dari Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya. (Shahih Muslim No.5182)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Apabila orang-orang Arab badui datang menghadap Nabi saw. mereka bertanya: Bilakah kiamat akan tiba? Lalu beliau memandang kepada orang yang paling muda di antara mereka dan bersabda: Seandainya dia hidup, sebelum dia menjadi tua renta, maka kiamat akan terjadi. (Shahih Muslim No.5248)

Benar, ia sengaja diatur sedemikian rupa mengelirukan musuh. Supaya hanya yang layak dan kasih kepada alMahdi sahaja diizin mengesan dan mengenali beliau seterusnya menjadi jemaahnya.

Mengapa nama beliau tidak disebut di dalam alQuran juga mempunyai hikmah tersendiri. Ada, tetapi terselindung. Kita hanya mampu mengesannya melalui pertolongan Allah.

Sebahagian kod rahsia ini juga tersimpan kemas dalam perbendaharaan Qudus (beberapa Hadis Qudsi). Hadis-hadis ini hanya layak dirungkai oleh para MURSYID. Mereka dan para WaliAllah sahaja yang memahami kod-kod berkenaan. Ia tidak akan dibuka sehingga susuk berkenaan (Imam Mahdi) benar-benar telah di ISLAH kan dan dibaiah (di sisi Kaabah (?)) serta diangkat secara rasmi sebagai Imam Kepada Seluruh Kaum Mukminin.

Yahudi telah lama meneroka rahsia "hadis" berkaitan alMahdi ini. Namun, mereka masih terkial dan keliru kerana beberapa maklumat bercanggahan antara satu sama lain. Mereka memasang perangkap maklumat untuk mendapatkan lebih banyak rahsia dari kalangan orang Islam. 
Lahirlah Google, Yahoo, facebook dan sebagainya. Sesiapa yang dikesan mempunyai nama Muhammad bin Abdullah akan disenarai hitan dan disiasat. Ini semua akibat ketakutan mereka terhadap seorang "pemuda gagap dan menepuk kepalanya". Mereka tahu nama alMahdi bukanlah namanya sebenar, ia hanyalah satu gelaran (yang dibimbing/diberi petunjuk).

Seorang rakan blogger telah mengupas mengenai "Lord of The Ring (LOTR)" dan beliau anggap sebagai satu kefahaman Yahudi mengenai fenomena akhir zaman. Apa yang menariknya, di sana terdapat sebuah pedang yang terukir kalimah "arab", adakah pedang berkaitan bermaksud "Zolfaqar"?. Mereka seolah sudah tahu tetapi tetap ingkar. Kenapa??? 
Walau bagaimanapun, secara tidak langsung kita semakin maklum, mereka (Yahudi) telah tahu sesuatu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw. Atas sifat degil, angkuh dan amat membenci Islam, mereka terus menerus melakukan onar. Kisah menarik mengenai LOTR ini adalah pandangan saudara McJay, bukan pandangan saya. Anda boleh baca huraiannya di SINI.

Ini pula coretan seorang rakan pengulas, saya angkat untuk mengisi artikel ini adalah seperti berikut.


Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim

Basmallah,
1. Untuk mengenali peribadi Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim, Umat Islam nusantara harus berpegang kembali kepada iktiqad ahlussunnah wal jamaah yang diperjuangkan oleh para sahabat dan ahlulbait. 


Pegangan ini dipertahankankan sejak turun- temurun dirantau ini. Oleh itu carilah guru mursyid yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Ulama ul’amilin. Belajarlah ilmu Islam secara sempurna (mengaji kitab secara berguru sampai habis, dari kulit ke kulit. 

Bukan cedok sana sikit… cedok sini sikit, ambil ilmu sekerat –sekerat, ikut silibus semata, terutama kepada golongan remaja dan pelajar universiti). Bila ada bab-bab ilmu dalam Islam yang dicebak-cebak, kemudiannya dicelahi pula oleh fahaman wahabi, syiah dan liberalisme maka Islam yang dianut sudah tidak tulen lagi. 

(Maaf. Ada yang belajar Islam tetapi bersanad pula kepada guru-guru Yahudi). Akibatnya Ilmu Islam itu bercampur aduk dan mengelirukan. Ajaran Islam yang dipelajari secara tidak seimbang (antara tauhid, feqah dan tasauf) akan menjadi sukar untuk difahami dan berat pula untuk diamalkan.

 Akhirnya penganut Islam rasa curiga dan menjauhi agamanya sendiri. Atau memahami ajaran Islam dalam ruang lingkup yang amat sempit dan jumud. ‘Label’ Islam dilihat keras dan ganas. Semua ini sudah lama dirancang oleh musuh-musuh Islam.
 

2. Allah SWT berjanji untuk memelihara kesahihan AlQuran. Rasulullah SAW pula bersabda bahawa pada setiap awal kurun akan datang mujaddid yang berperibadi AlQuran, mewakili Nabi akhir zaman, membimbing dan memimpin ummat kembali mengamalkan intipati ajaran AlQuran. 


Peranan para mujaddid membaharui, mensucikan, menghidupkan dan memperjuangkan kembali ajaran Islam yang telah tersasar dan dirosakkan oleh musuh dari masa ke masa. 


 Kenalilah mereka, bacalah riwayat mereka dan hayatilah pengorbanan dan perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran. Sejarah mereka perlu digali dan dimasyhurkan kerana semakin lenyap ditelan zaman atau ‘sengaja di lupuskan’ oleh ‘musuh yang menang’. 

Pada mereka ada rahsia kekuatan umat Islam untuk bertahan dari satu kurun ke satu kurun, menggenggam bara api Islam sehinggalah kembali marak di akhir zaman. Perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri khas, unik dan persamaan antara satu sama lain walau berlainan tempat dan zaman.

 Oleh itu ‘time frame’ pencarian anda harus dianjakkan lagi ke masa lampau (sejauh waktu ‘keghaiban’ Nabi Isa as) agar anda boleh menjejaki petunjok, ‘hint’, ‘clue’, petanda dan teka-teki yang mereka tinggalkan untuk menemukan Imam Mahdi yang akan muncul dipenghujung umur dunia.

Perjuangan kebenaran adalah berkesinambungan, melangkaui jarak ruang, tempat dan masa. Matlamatnya adalah satu.
 

3. Peribadi Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasululllah SAW bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. 

Beliau dari keturunan Rasulullah SAW yang mulia. Dari keluarga (ahlulbait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Terpelihara (Mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar.

 Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ketua jemaah Islam, ketua ulama’, ayah-ibu, saudara dan sahabat. 

Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan berbagai-bagai kesusahan dan kesulitan dalam memperjuangkan Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. 


Beliau menegakkan sunnah Rasululllah SAW , berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai dikalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.

 
4. Imam Mahdi adalah wali besar, bertaraf mujaddid, mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan para wali bahkan menjadi ketua mereka. Pernah berguru dengan Nabi Allah Khidir as. Menurut ahli sufi ‘la ya’rifal-wali illa al-wali’. 
Tidak akan mengetahui seorang wali, selain wali Tuhan yang lainnya (atau dalam kata lain hanya wali mengenal wali, tetapi wali itu tidak tahu dirinya wali). Justeru itu sosok Imam Mahdi sangat dikenali dan dicintai oleh para wali lainnya. Beliau juga diyakini dan diijtihadkan sebagai bakal Imam Mahdi al Muntazar jauh sebelum tempoh kezahirannya lagi . 
Imam Mahdi adalah pemimpin lahiriah dan rohaniah. Sebab itu beliau boleh berhubung secara rohani dengan orang-orang yang mempunyai peranan dalam proses kebangkitan Islam kali kedua walau dimana mereka berada. (Telerohani lebih canggih dari telefon). 

bersambung.......

No comments: