Tuesday, 15 January 2013

DATO' MOHD SHARKAR SHAMSUDDIN DAN DATO' SHAHANIZA SHAMSUDDIN WIRA TANPA DI DENDANG!!!!

MB MEMACU MEDIA SOSIAL PAHANG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6RXd96i-LjwiHLj9xsZNwpgzay7Nofeb54w_5QgELWx9FZ7A7ok1-rs3Qx0Sp_NK-XytwoJcoxq-QK9thZP74kYgYttoMgi8fM_nQFgFRCp-J3xwE0GYodqhVPfysvVtDYrkJtDOJG9Ce/s1600/IMG-20130114-WA003.jpg
Amanat MB: 
Berblog, fb dan tweeter dengan berhemah dan mengelakkan dari sebarang fitnah (Foto: YY)


Satu pertemuan dengan pengamal media sosial telah diadakan di Kuantan semalam dengan dihadiri oleh MB Pahang sendiri. Ini bukanlah pertama kali MB bertemu dan meraikan penggiat media sosial negeri Pahang. Sebelum ini, beliau juga telah turut serta dalam program 'Tweet-Up PahangKu' di Telok Cempedak tidak lama dulu.

 
Kesediaan MB untuk bersama-sama pengamal media sosial adalah satu pengiktirafan besar kepada penggiat media sosial khususnya di negeri Pahang. 
 
 
Usaha ini dilihat sebagai memacu perkembangan media sosial bagi memastikannya sentiasa berada dilandasan yang betul terutama menjelang PRU yang tidak lama lagi.

 
Saya percaya sudah semakin ramai pemimpin-pemimpin yang sedar akan kepentingan dan kesan dari ledakan media sosial ini berbanding dengan beberapa tahun kebelakangan. 
 
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin dan Dato' Shahaniza Shamsuddin kerana telah berjaya mencetus kepada perkembangan media sosial di Pahang dengan mewujudkan entiti 'PahangKu'.

 
Di peringkat nasional, Dato' Mohd Sharkar telah menggerakkan 'MyVo1ce' dan menganjurkan beberapa siri Konvesyen peringkat negeri-negeri seluruh Malaysia dengan dimulakan oleh 'Konvesyen Media Sosial 1Malaysia' peringkat nasional di Kuala Lumpur.

 
Pada zaman pemimpin-pemimpin di Pahang 'gelap' media sosial, hanya Dato' Mohd Sharkar dan Dato' Shahaniza saja yang berani kehadapan untuk mencetus permulaannya. Justeru jangan kita nafikan jasa-jasa yang telah mereka berikan selama ini.

 
Ketiadaan mereka berdua dalam pertemuan semalam menimbulkan tandatanya namun saya dimaklumkan bahawa mereka sengaja tidak menghadirikan diri untuk memberi lebih ruang kepada penggiat media sosial beramah-mesra dengan MB dengan lebih bebas tanpa ada halangan dan sempadan.


Harapnya selepas ini penggiat media sosial pro kerajaan di negeri Pahang akan dapat berkerjasama dan bersatu tenaga dalam mencapai hasrat dan cita-cita. 
 
 
Yang lebih penting janganlah ada pihak yang cuba menggocak dan mengeruhkan air untuk menangguk di air keruh atau memunyakan nama sapi kepada susu lembu. 
 
 
Mungkin masih ada kekurangan disana-sini kepada 'PahangKu', namun merosakan apa yang sedia ada adalah lebih buruk lagi akibatnya.

 
Saya juga berharap agar tidak ada sesiapa yang bertujuan untuk tampil untuk mengakui bahawa merekalah komandan kepada bala tentera yang ada ini atau tentera ini merekalah yang punya. Maklumlah menjelang PRU, apa-apa pun boleh berlaku.
(dari blogbraveheart)

 
 
KOMEN KD:
 
 
KALAULAH SEMUA WAKIL RAKYAT BERFIKIRAN SEPERTI DSD ADNAN MB PAHANG ALANGKAH BAGUSNYA UNTUK PEMBANGUNAN MEDIA SOSIAL YANG MENJANA MAKLUMAT DI HUJUNG JARI.

 
KEBANYAKAN PEMIMPIN POLITIK YANG AKU JUMPA JARANG YANG BERMINAT DENGAN MEDIA SOSIAL.APA YANG KELUAR DARI MULUT MEREKA YANG BUTA ICT INI IALAH,"AH,TAK RAMAI YANG BACA BLOG.BENGONG JUGA PUAK NI!!!!!

 
DS NAJIB KETIKA MERASMIKAN KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA DULU PERNAH MENGINGATKAN PEMIMPIN YANG AKAN DIPILIH SEBAGAI CALON PILIHAN RAYA NANTI MESTILAH CELIK IT DAN AKTIF DALAM MENGAMALKAN MEDIA SOSIAL.

 
INI AKAN LEBIH MEMBERIKAN KESAN KEPADA PERJALANAN POLITIK KEPARTIAN!!!!

 
KEPADA DATO SHARKAR DAN DATO'SHAHANIZA(DOUBLE S)TERUSKAN USAHA ANDA BERDUA MEMAYUNGI KAMI BLOGGER-BLOGGER YANG BERSIMPATI DENGAN KERAJAAN!!!!

No comments: