Monday, 28 January 2013

RATU SAMA PELOPOR ISLAM NUSANTARA!!!!!


RATU SAMO,AIR KAKINYA PUN PEMIMPIN PAS TIADA.





Ratu Samo ialah seorang Ratu yang memerintah Acheh sebelum Islam bertapak di Nusantara.Baginda seorang pemerintah yang sangat adil dan amat menyayangi rakyatnya.



Baginda terlalu mengambil berat akan kebajikan rakyatnya.Tiada yang terlepas pandang.Justeru rakyat amat menyanjungi dan mendaulatkan baginda.


Suatu hari angkatan armada Islam dalam misinya memperluaskan syiar Islam Telah berlabuh di perairan Acheh.Pemerintah armada telah menghantar perisiknya untuk peninjauan awal.

Perisik tersebut pun melanconglah sambil meninjau-ninjau sekitar tanah Acheh.Maka kelihatan pada matanya sebuah balai besar yang terletak di tengah-tengah pasar.Dalam balai tersebut penuh dengan aneka barangan.Kehairanan yang amat sangatlah dia.


Super marketkah ini?Kalau super market mana pekerjanya.Kemudian terlihatlah olehnya seorang budak lelaki menghantar suatu barang dan meletakkannya di dalam balai itu.


Keinginantahunya yang membuak-buak memaksanya bertanya kepada budak itu.Budak itu menjelaskan bahawa balai itu adalah balai tempat rakyat Acheh meletakkan barang-barang yang dijumpai atau barang yang hilang yang tidak di ketahui tuannya.


Perisik itu terkedu.Begitu tinggi akhlak rakyat Acheh.Sedangkan budak begitu apa Tah lagi orang dewasa.Dia merasakan bumi Acheh bumi bertuah.Syariat Islam Telah Terlaksana walaupun belum sampai seruannya.


Maka diteruskan perjalanannya pada keesokan harinya.Setelah berjalan agak lama dia terlihat ramai orang berkumpul.Dia melihat seorang pemuda duduk bersimpuh.


Di depannya kelihatan potongan kayu Balak yang besar.Di atas pentas di hadapannya kelihatan seorang ratu sedang duduk di kerusi sambil merenung pemuda tersebut.


Perisik tersebut melihat seorang yang berbadan tegap mengangkat pedang besar menunggu arahan Sang Ratu.


Tangan pemuda tersebut diletakkan di atas potongan kayu.Sebaik sahaja Ratu Menganggukkan kepada maka pedang yang tajam itu jatuh dan mengerat tangan pemuda tersebut.


Sebaik sahaja tangan pemuda tersebut putus Sang Ratu terus menerkam dan memeluk pemuda tersebut dengan ratap tangis yang sungguh menghibakan hati orang yang mendengarnya.


Tangisan Sang Ratu disambut oleh rakyatnya dengan tangisan juga.Riuhlah tempat itu dengan tangisan ribuan manusia macam orang beratib pula.


Maka terpinga-pinga pianglah perisik.Apa sudah jadi?pesta tangisan kah ini.Maka dia bertanya kepada orang yang berhampiran.Apa sudah jadi.Orang itu memberitahunya bahawa pemuda yang dipotong tangan itu adalah putera kesayangan Ratu Samo.


Dia dipotong tangan nya kerana tidak menghantar barang yang dijumpainya ke balai simpanan barangan yang hilang.


Mendengarkan penjelasan tersebut maka perisik tersebut menangislah kerana amat terharu dengan pengorbanan Seorang Ratu yang sangat tinggi peribadinya itu.


Dia terus pulang ke armadanya.Dia menceritakan kepada pemimpin armada serta seluruh anak kapal akan peristiwa tersebut.Maka adalah yang menangis sedih dan terharu.  


Pemimpin armada mengambil keputusan pulang ke negaranya dan menyatakan bahawa tidak perlu bersusah-susah di rantau ini.


Kita hanya perlu menghantar mubaligh dan pedagang islam sahaja untuk menegarkan syiar islam di sini kerana orang di rantau sini berhati lembut dan telah mengamalkan akhlak Islam.


Persoalannya bolehkan pemimimpin Pas berlaku adil sebagaimana Ratu Samo sekiranya mereka memerintah.


Pas mendakwa dan menjaja bahawa hanya mereka yang boleh melaksana pemerintahan berdasar pemerintahan Islam.

Rasa-rasanya tidak.Usahkan melaksanakan hukuman terhadap anak sendiri,terhadap kawan-kawan dan kroni pun tak sanggup.


Lihatlah kes Anwar Ibrahim,Mereka tahu tapi tetap mempertahankan nya.Tidak percaya tanya lah Mat Sabu.

1 comment:

Anonymous said...

Bro cakap pasal pas rasuah.suruh lah sprm siasat.umno tak rasuah,biar betul bro.