Trend gila di Jepun,ibu hamil ambil gambar dalam keadaan telanjang.
Entah
apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin
aneh-aneh perangai penghuninya.
Di Negara Jepun ketika ini sedang trend
dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya
dalam keadaan telanjang.
Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat
studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk
mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum
melahirkan.
Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda
khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan
bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.
Trend
ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun “Hitomi” yang
melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa
mengenakan pakaian.
Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan
billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki.
Gambar
album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000
keping album cdnya.
Kumiko
Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa
dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan
kawannya yang juga pernah buat gambar telanjang ini.
Dia
pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin
mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk
pemotretan.
Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja,
tapi kerana diyakinkan oleh studio photo “Ixchel” dia pun menerima untuk
di photo tanpa pakaian.
Ixchel
adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan
ibu hamil.
Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu
bulan dia menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan
pernah sampai 70 ibu hamil.
Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan
fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2,
untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam.
No comments:
Post a Comment