Saturday, 12 January 2013

MINTAK JAUH LA,JANGAN BERLAKU DI SINI!!!!

 

Pengalaman Pelajar Islam Malaysia Di Indonesia Yang Wajib Kita Baca. 

(dari blog sungai rapat)

 



 
Rapat Online membaca satu komen yang cukup bernas dan cukup bermakna dalam Sinar Harian Online iaitu pengalaman kita semasa belajar di Indonesia. Wajar pengalaman beliau dikongsikan bersama semoga kita semua mendapat manfaatnya.

 
Hanya hendak berkongsi pengalaman sepanjang saya lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat hendak memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang-orang Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

 
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim(kafir) dibiarkan begitu sahaja.

 
Di satu sudut memang agak lucu, tapi di sudut yang lain terdapat keseriusan di dalamnya.
 
 

 
 
"Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar-kobar. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal-pasal dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya".
 


 
"Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku"..

wakakaka..

 
 
"Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. 
 
 
Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada papan tanda“Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. 
 
 
 
tup-tup aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku"..
 
 
"Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat Malaysia"

 
Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di Malaysia 5 ke 10 tahun lagi kalau macam ni la perangai Hadi Awang, Khalid Samad, Nik Ajis dan Anwar Ibrahim masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.
 
Jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim berjaya menguasai Malaysia mungkin tak sampai dua tahun semua yang berlaku di Indonesia akan berlaku di Malaysia.

 
Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

1 comment:

sibatunisan said...

Kutukan Dewata, aku pikir blognya Orang Hindu, ternyata bukan. LOL

Moral story, bagaimanapun tetap ada kesenjangan sosial-budaya antara Indonesia dan Malaysia sehingga muncul "cultural shock" semacam itu, di Indonesia, kejadian serupa akan dialami oleh orang yang baru melangkah keluar dari dunia homogennya (misal : pondok pesantren, daerah terpencil) ke dunia heterogen (masyarakat umum), tapi selanjutnya akan terbiasa dan dengan mudah akan bisa membedakan mana "yang untuk kalangan sendiri" dan mana "yang untuk kalangan lain".