Ilmu Nik Aziz Lebih tinggi berbanding Mufti
Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak
tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam
apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t
digadaikan kepada Kristian.
PAS ternyata terpana dan terkesan
bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan agama sama ada yang non
partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin berani menyatakan
kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung tak terjangka
oleh pimpinan PAS.
Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid
umpamanya menyifatkan tindakan PAS menyokong kalimah Allah s.w.t untuk
kegunaan Bible berbahasa Melayu adalah satu langkah seolah-olah sengaja
mahu menyekutukan Allah s.w.t.
Beliau juga berkata persetujuan
PAS membiarkan kesucian kalimah Allah dinukilkan dalam Bible
menggantikan perkataan 'God' dalam konsep ketuhanan Kristian, sama
seperti PAS redha dan merelakan Allah s.w.t itu bukan lagi Yang Maha
Esa.
Ulasan beliau senada dengan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman
Osman yang turut mengkritik keputusan songsang PAS menyokong tuntutan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah
untuk kitab Bible.
Katanya lagi, bagi umat Islam Tuhan hanya satu
iaitu Allah s.w.t yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia
ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.
"Namun,
(penganut) Kristian menyebut Allah sebagai Tuhan tetapi mempunyai
pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak)."
Malah
beliau juga menyelar tindakan pihak gereja Kristian mahu mencetak Bible
dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah Allah yang
dipercayai dilakukan dengan maksud tertentu untuk mempengaruhi generasi
muda muslim supaya terkeliru dan menganggap al-Quran dan Bible, tiada
perbezaannya.
Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit
penyokong dan ahli PAS yang buta hati dan kelam mindanya bangkit
merendah-rendahkan kewibawaan mereka berdua dengan pelbagai komen buruk
dan sinis. Pada mereka, sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik
Mat terhadap persetujuan PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan
tiada salahnya.
Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah
malah lebih rendah daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS
terhadap pendirian dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan
pendapat songsang Nik Aziz?
Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz
Haron Din misalnya tetap tegas dengan pendirian sesiapa saja umat Islam
yang redha ,menyokong tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dicetak dalam
Bible boleh ditimpa kekufuran.
Selain Ustaz Haron Din, seorang
lagi pemimpin PAS yang juga adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ismail
Kamus juga mengecam pendirian PAS dalam isu ini. Katanya, penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya
dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.
"Siapa
pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai
digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang
keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?
"Bagi
umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan
perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah
Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," demikian kata Ustaz
Ismail Kamus kepada Utusan Malaysia.
Semua kenyataan di atas
merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya kepada Nik Aziz yang
sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan PAS menyokong tuntutan
kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Jika
dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa Nik
Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki
kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz
Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan
kaca, tak begitu?
No comments:
Post a Comment