Thursday 31 March 2016

PEMAKAN DEDAK TEGAR PROTUN M!!!



Saya kata "Najib mencuri wang negara."
Dedak jawab "Anina jahat. Dia nak sesuatu untuk dirinya".

Saya belajar di universiti sampai lah saya sendiri jadi pensyarah universiti. Jadi, saya ada lah sedikit kepandaian kerana saya mengajar di universiti. 

Bukanlah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh sangat sampai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.


Kalau saya hendak kan sesuatu dari Najib Razak, saya boleh makan dedak. Saya lebih berani dari Najib. Saya tidak takut sesiapa. Saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak.

Tapi, saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk wang, jawatan atau kemahsyuran.

Cukup sekadar menjadi diri saya sendiri yang hidup berdikari berniaga kecil-kecilan walaupun sudah hilang pekerjaan kerana saya melawan pencuri.

Sengaja saya tidak delete komen negatif supaya anda boleh bezakan antara yang makan nasi dan yang makan dedak.

Anina Saadudin

Pensyarah konon! Kalau pensyarah yang berkualiti,dia tak akan bodoh sampai tak tahu membezakan mana yang benar mana yang salah.Dia ambil PHD kat mana ye? 

Dia selalu mengulangi tuduhan basi terhadap DS Najib.Dia hanya pandai main isu 2.6 bilion untuk melabel DS Najib sebagai pencuri dan perompak wang negara.

Boleh semak rekodlah siapa yang banyak habiskan wang negara demi kroni dan anak-anak.Boleh semak siapa yang banyakkan projek mega demi tembolok kroni dan anak-anak.

Dia lebih berani daripada DS Najib? Kah kah kah! Berani bodoh bolehlah.Wajar sangatlah Wanita Umno Langkawi menolak dia sebagai Ketua.Kalau tidak buat malu orang Langkawi aje.

Isu 2.6 billion sebenarnya sudah selesai berdasarkan fakta kukuh dan sahih.antaranya:

-Siasatan SPRM  telah menyemak 4 dokumen yang berkaitan dengan derma dari kerabat di raja Arab Saudi
dan telah mengesahkan ianya adalah benar tanpa sebarang keraguan.Najib ternyata bercakap benar.

-Kenyataan pihak kerabat diraja Arab Saudi kepada pihak media tentang kesahan Derma tersebut kepada Najib.Ternyata Najib bercakap benar.

-Terbaharu pendedahan surat pihak kerabat Raja Arab Saudi kepada DS Najib oleh ABC tentang derma yang diberikan kepada Najib dan kebebasan untuk Najib membelanjakan ikut kehendak Najib sendiri serta kenyataannya yang tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada derma tersebut.

Namun begitu si pemakan dedak betina PROTUN ini serta yang jantannya tidak sekali-kali mahu menerima kenyataan di depan mata.Mereka tetap mendendangkan keroncong Ana yang liriknya tak pernah akan berubah.

Ibarat kata kalau DS Najib kata emas itu kuning tetapi kuning itu bukan tahi,mereka tetap menentang dan memprotes.Mereka akan kata tahi itu tetap kuning dan sesekali jadi hitam dan coklat.Isu tentang emas hilang begitu saja.Inilah antara kaedah menentang isu musuh
yang telah diajarkan oleh PROTUN kepada pemakan dedak mereka.

YANG NYATA DAN JELASNYA ANINA MEMANG PEMAKAN DEDAK TEGAR PUAK PROTUN!!!

4 comments:

Anonymous said...

kakakakakakka....ko cam terasa jer min...bayak makan dedak najib ehhh...hahahahahah

Anonymous said...

Kesian...ada jugak yg berusaha mbantu mahdey menyelamatkan lubuk emas waris dan kroni2 dia.
Meroyan menyalak tapi tak ke mana.Cuma jadi bhn lawak kpd pmbangkang dan kroni2 yg kaya raya betapa bodohnya melayu berjuang demi lubuk emas mrk.

Anonymous said...

Ps respect my Pm,jgn lwn tau..Nnt jd mcm Tun sudah jatuh lo...

Kutukandewata said...

anon 16.30,aku tak perlu makan dedak,gaji aku dah rm7000,cukup tanggung anak bini aku.aku bukan bela sangat kat najib ni,cuma aku benci orang buat cerita bohong,fitnah,tohmahan.lebih2 lagi kat pemimpin yang sangat prihatin kepada rakyatnya.Ikut hukum aku wajib mempertahankan Najib.najib dah jadi orang teraniaya.ingat ye Allah akan makbulkan doa orang teraniaya.musuh politik najib aje yang susah.jadi kenalah hebohkan perkara yang negatif untuk selamatkan politik masing2.rakyat pun hanya melihat telatah pemimpin yang ramai kecewa dan tahu perbuatan orang yang kecewa.dulu aku tak minat pun kat najib.tapi hari2 kena fitnah dan tohmah buat aku kesian pulak kat najib.Anina pujaan kau ni tak dpat makan dedak sbb tewas dalam pemilihan umno.bertanding pun sebab nak dapat banyak dedak.bila kalah hilanglah dedak yang dia impikan.kalau dia menang ketua wanita langkawi dulu taklah meroyan macam sekarang.entah2 dia yang lebih2 sokong Najib!