Wednesday, 30 March 2016

AKU,KERETAPI DAN LIPIS !!!


Tren Mel Sumpitan Emas atau dikenali pada tahun-tahun 1950an sebagai Golden Blowpipe merupakan salah satu perkhidmatan Tren yang diperkenalkan semula selepas penjajahan Jepun. 

Berdasarkan kenyataan penulis Mr. Petermoss, beliau telah diminta untuk membuat catatan mengenai perkhidmatan Malayan Railway khusus di laluan Pantai Timur yang baru sahaja dipulihkan selepas rel-rel landasannya diambil oleh Tentera Jepun untuk pembinaan landasan keretapi maut di Burma. 

Gambar menunjukkan Tren ini sedang berhenti di salah sebuah stesen utamanya dan amat tersohor pada ketika itu yakni KUALA LIPIS.


KERETAPI DAN KUALA LIPIS AMAT BERKAIT 
RAPAT DENGAN HIDUP AKU.

KETIKA EMAK AKU MENGANDUNGKAN AKU,EMAK AKU MENGALAMI KESULITAN UNTUK MELAHIRKAN AKU.EMAK AKU TERPAKSA DIBAWA DARI JERANTUT KE HOSPITAL KUALA LIPIS MENAIKI KERETAPI.

SEDANG ELOK SELEPAS 10 MINIT MENINGGALKAN
STESEN KERETAPI EMAK AKU MELAHIRKAN AKU
DI KATIL HOSPITAL LIPIS.

KALAU LEWAT SEDIKIT DAH TENTU AKU JADI ANAK ANGKAT KERETAPI TANAH MELAYU KERANA DILAHIRKAN DI DALAM KERETAPI.

TERBAYANG DALAM ANGANAN AKU,APAKAH 
KATILTEMPAT AKU DILAHIRKAN ITU KATIL YANG SAMATEMPAT LAHIRNYA DS NAJIB TUN RAZAK?

APAKAH AKU BERKONGSI KATIL DENGAN DS NAJIB?

KIHKIHKIHKIHKIH !!!

No comments: