Wednesday, 9 March 2016

Cara-Cara Dan Tips Untuk Hilangkan Ketagihan Melancap !!!


Sebenarnya aku nak cerita pasal cara dan 
tips mengelakkan dan mengurangkan melancap.
Dalam kata lain,cara berhenti melancap.Tak payah 
nak malu-malukan…Melancap.Tak payah citerlah.

Benda ni tak payah ler nak tuding jari laki banyak 
buat.Laki perempuan sama jer.Asal manusia mesti 
buat.Sebab aku tak pernah nampak binatang buat.
Kura-kura ada melancap tak?


Melancap ni sebenarnya macam KFC,sekali 
dah buat,rasa nak lagi je!So nak berhenti tu 
memang susah.Tak nak cerita banyak sebab 
jari aku dah menggelatar ni..Aku bagi terus 
cara nak stop:


1)NIAT!!!

Yang paling penting niat.
Tak payah nak nawaitu..nawaitu…Terus kata 
je  nak berubah.Nak lagi cantik buat macam 
pakar motivasi kata.Tulis kat kertas,pastu tampal 
kat tempat mudah membaca.Pastu tiap-tiap hari 
kata “aku taknak melancap” 300 kali.


2)Kurangkan sikit-sikit

Kau orang cuba kurangkan sikit-sikit.
kalau dulu sejam sekali(ini memang hardcore 
giler tahap PhD ni),pastu turunlah sehari sekali,
seminggu sekali dan seterusnya.


3)Puasa

Puasakan dapat menahan hawa nafsu.Tapi 
jangan buat benda bodoh dengan bernazar 
kalau melancap lagi kau orang akan puasa 
setahun.

4)Jangan berseorangan.

Biasanye nafsu serakah ni datang kalau 
berseorangan.Time sorang-soranglah sampai 
idea-idea kreatif dia…So,Jangan berseorangan.
Kalau takde orang,korang tidur terus.


5)Bersenam

Bersenam atau melakukan aktiviti yang 
memenatkan,badan penat,mesti aktiviti ni 
korang tak buat punyer.


6)Dekatkan diri dengan Tuhan

Jangan lupa dekatkan diri dengan Tuhan.
Tuhanlah tempat korang memohon dan 
banyakkan solat taubat.


7)Buang jauh-jauh video lucah

Kurangkan tengok tv,wayang,perkara-perkara 
yang menaikkan sensasi dalam darah korang 
dan buang jauh-jauh video lucah tu.


8)Kahwin

Kalau dah rasa gatal sangat anunye tu,
kahwinlah cepat-cepat.

9)Semua tak menjadi?


Ini mungkin boleh membantu(lelaki sahaja).
Korang ambik papan potong,pisau daging,
pastu letak anu atas tu.Korang ugutlah takut
-takutkan menatang tu.."Nak buat lagi tak?
(sambil tunjuk pisau daging)”.

Keburukan melancap?


Mereka yang melakukan perbuatan ini tidak 
puas bila bersama pasangan mereka,masalah 
kesihatan sehingga menyebabkan rumah 
tangga musnah.Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

bebelicious said...

I enjoyed reeading your post