Friday 4 March 2016

MANA YANG BENAR MANA YANG PALSU !!!




Kenapa negeri yang kaya raya jadi begini .... sampai air pun kene catu?

Katanya PR hebat sangat memerintah dari BN ..... pasal air je pun tak boleh nak uruskan ke ....? Bukan baru sehari dua tapi dah bertahun2 ......


Inilah akibat perangai sombong dan bongkak mereka. Duit yang kata ada berbillion2 tu buat apa ...? Ke dah faraid sesama sendiri?

SENARAI KAWASAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEDUA LEMBAH KELANG

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata pelaksanaan pelan catuan bekalan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air.

Wilayah yang terlibat terbahagi kepada Zon 1 dan Zon 2.
Kawasan yang terletak dalam Zon 1 dijadual mendapat bekalan air pada 2, 3, 6, 7, 10, 11, 14, 15, 18, 19, 22, 23, 26, 27, 30 dan 31 Mac.

Zon 2 pula dijadual mendapat bekalan air pada 4, 5, 8, 9, 12, 13, 16, 17, 20, 21, 24, 25, 28 dan 29 Mac.
Untuk zon yang dijadual ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada 4 petang dan berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada 9 pagi, dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadual tiada air, bekalan dijangka mula terhenti pada 9 pagi untuk tempoh kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada 4 petang, dua hari selepas itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata atas faktor perbezaan jarak antara kolam air dengan setiap premis pengguna dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka lewat sedikit.

Kenyataan itu menjelaskan tiada bantuan air menggunakan lori tangki dan tangki air statik disediakan bagi zon yang dijadualkan tiada air kecuali bagi situasi amat memerlukan seperti urusan kematian, kenduri, pusat dialisis, hospital kerajaan/swasta dan rumah kebajikan.

Bantuan bekalan air tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Mereka bagaimanapun boleh memohon pembelian air daripada Syabas dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan Syabas.





No comments: