Tuesday, 1 March 2016
SEMUANYA BAIK JIKA MAHATHIR TAK MENIPU DAN MENGHASUT RAKYAT!!!
Pada 6hb November 2015 Mahathir menulis didalam
blognya dibawah tajuk SEMUANYA BAIK.
"7. Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang
Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya
meninggalkan mereka jauh di belakang."
http://chedet.cc/?p=1908
REALITI EKONOMI MALAYSIA
Di atas kertas, laporan dan kajian yang dilakukan
di peringkat antarabangsa menampakkan pencapaian
Malaysia yang cukup cemerlang.
Terkini, dapatan kajian State of the Global Islamic
Economy (2014-2015) juga meletakkan Malaysia di
kedudukan yang teratas.
Kajian bersama yang dilakukan Thomson Reuters
dan Dinar Standard, menilai Malaysia sebagai negara
terbaik dari sudut "ekosistem ekonomi Islam".
Ekosistem merujuk kepada gambaran menyeluruh
ekonomi. Bukan dari sudut perbankan Islam sahaja.
Ia bersifat rentas industri.
Daripada sejumlah 70 negara yang menjadi asas
kajian Global Islamic Economy Indicator (57 buah
negara OIC; 14 negara bukan OIC), Malaysia berada
di tempat yang pertama, diikuti oleh UAE dan Bahrain.
Malaysia menduduki tempat pertama daripada enam
sektor utama yang menjadi bidang kajian.
http://m.utusan.com.my/.../realiti-ekonomi-malaysia-1.124802
Laporan Thomson Reuters/Insead mengenai
ekonomi Asia meletakkan Malaysia sebagai satu-
satunya negara yang ‘cerah’ dari segi ekonomi
dengan indeks 75 berbanding 69 dalam suku ketiga
tahun ini. Thailand berada di tempat paling corot,
menjunam dari 71 ke 40.
Laporan Penilaian Kredit Moody’s sebelum ini
juga mencatatkan kedudukan Malaysia dari stabil
ke positif manakala Shane Oliver, Chief Economist
AMP Capital pula turut menekankan keyakinan
beliau yang Malaysia akan terus kukuh dari segi
ekonomi berdasarkan kesungguhan kerajaan dalam
memastikan negara ini menjadi pilihan utama para
pelabur.
Moody’s, Reuters and AMP Capital pastinya lebih
arif mengenai ekonomi berbanding Mahathir.
Lebih dari itu, laporan yang cukup memberangsang
kan dari pakar ekonomi antarabangsa ini pula
mampu menjadi pemangkin bagi peningkatan
kedudukan ekonomi negara. Ini bermakna, keadaan
ekonomi yang sedia kukuh akan dapat dikukuhkan
lagi dengan laporan positif mengenai Malaysia.
Walaupun kenyataan Mahathir Maha kelentong itu
boleh memperBODOH-BODOHkan admin Kelab
Che Det, SSTDM dan ramai rakyat yang memang
cetek akal fikiran serta kurang ilmu pengetahuan
tetapi perlabur-pelabur dari luar negara akan
menggunakan lapuran dari Morgan Stanley, Fitch
Rating Moody’s, Reuters dan AMP Capital sebagai
benchmark untuk mereka membuat keputusan
untuk melabur disesebuah negara.
LAPURAN KEDUDUKKAN RINGGIT
http://www.bloomberg.com/.../morgan-stanley-s-fragile...
LAPURAN KEDUDUKKAN EKONOMI
http://www.malaysia-today.net/fitch-foreign-investors.../
Dan ini pula lapuran terkini.
Pada Selasa 22hb Feb 2016, Fitch Ratings
mengesahkan Penarafan Kemungkaran Penerbit
(IDR) mata wang asing dan tempatan jangka
panjang Malaysia masing-masing ‘A-‘ dan ‘A’
dengan unjuran stabil.
http://www.tv14.my/.../fitch-ratings-buktikan.../
Hanya pemakan dedak saja percaya pandangan
yang tak berasaskan bukti dan fakta sahih!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment