this is only one of them ..
ANTARANYA :
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui
kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar
tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu.
Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu
ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah
RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC
itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan
telah menjawab lebih kurang seperti berikut,;
“ Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-
Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana
Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.
Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada
Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila
perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa
ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar
bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa
kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan
atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar
KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.
3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat
ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah
seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.
4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA
Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebih kurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial.
Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah
keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh
jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah
diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400
JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua
arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan,
dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan resmi, lengkap dengan
kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu.
Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh
Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah
dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang ke Dayabumi
dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut,
pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden
Petronas tidak ada dalam negeri..
4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR
RM 4 BILION
Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang
RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat
yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI
KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat
Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar.
Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah
“workstation”, dan memandangkan ada lebih
kurang 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu,
maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA.
Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai
luar biasa tingginya.
Selain daripada “workstation”, bilik pengurus
-pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar
negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas
ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar
-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan
untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi
pula tentulah lebih tinggi lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat).
Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat,
yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur
dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI
RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira
perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS
UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll.
Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini,
saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari
suku sakat atau kroni Dr Mahathir.
Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK
DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tu?
Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada suku sakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!).
Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA.
Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut
bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai
oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara
Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKAN
NYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU
DISEWA!!
DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN
PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta
ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30
JUTA).
4.3 KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA
Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi
kontrak untuk merekabentuk dan membina taman
seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI.
Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau
kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4 KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK:
RM500 JUTA.
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5 KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”:
RM300 JUTA.
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC,
dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
4.6 BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?
Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan
dan infrastruktur berikut:-
? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat
mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat);
kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat,
untuk 5,000 kereta;
? rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan
Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang,
Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui
terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian
Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.
? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa
dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak
bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya
tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).
Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC
Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.
5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?
Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi
pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap,
dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi
itu.
Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak
peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!!
Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan
makan dan minum.
Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar
itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.
6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA
SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan
gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa
negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap
ini !!
APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50
hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau
350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan
sekali gus mengatasi semua masalah perumahan
2 juta rakyat.
APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.
Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memasyhorkan negara dan menarik pelancung.
Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi…
Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan
membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……).
Dan satu cara paling berkesan memasyhorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!
Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.
Wallahu a’lam.
Pengunjung Mesjid KLCC
14 Nov 1999 |
4 comments:
10B pun nampak hasilnya....Yang 1MDB tu 42B tak nampak pun apa2 hasil pun...mengadai harta negara ADA la
1mdb beli murah jual mahal..duit ilang.jd kesimpulan nya..mcm ni perangai org Umno..jijik nya..
semua salah anwar dan lim kit siang, mustahil najib jahat setahun berapakali cium kaabah, madey pon baru balik cium kaabah, lim kit siang dan anwar mana ada cium kaabah mesti org jahat
Helloo mate great blog
Post a Comment