Di Shah Alam Convention centre telah
berlangsung "Kongres Mahathir - Kit
Siang" yang menyaksikan kumpulan
'pemberontak UMNO', sekali lagi
bersekongkol berkongsi ideologi 'syok
sendiri' sesama mereka dan 'menambah
pahala' Perdana Menteri, Dato' Seri Najib
Tun Razak.
Mereka adakan himpunan tertutup di
dalam dewan, menjemput lebih kurang
1,200 orang yang umumnya tahu setiap
hari menghentam Najib dengan pelbagai
tohmahan dan fakta tidak benar, dan
menamakan ia sebagai Kongres 'Rakyat'.
Macamlah mereka 1,200 orang saja
rakyat Malaysia ini?
Tohmahan yang sama diulang-ulang,
cuma diselang-seli dengan lawak jenaka
yang mengembirkan hati mereka sahaja,
mungkin itu saja isi kandungan kongres
berkenaan. Yang betulnya cuma
'assalamualaikum dan salam sejahtera'
manakala isi yang lain semuanya auta
belaka.
Penulis dapat menjangkakan kehadiran
orang UMNO di program tersebut. Antara
yang hadir dan mengutuk Najib ialah
Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yasin
yang sebelum ini kononnya berikrar mahu
membantu Presiden dan memelihara nama
baik parti.
Seorang lagi ialah anak kesayangan Tun
Mahathir Mohamad, Dato' Seri Mukhriz
Tun Mahathir. Seperti Mahathir, Muhyiddin
dan Mukhriz menghentam Najib seperti
mereka menyerang pembangkang. Tiada
sedikit pun rasa kesal atau bersalah pada
riak wajah mereka.
Muhyiddin mahu Najib meletak jawatan
seperti Pak Lah. Tersenyum ketika
menyuarakan kehendaknya itu, dia
kononnya hanya mahu Najib jatuh dan
digantikan dengan orang lain.
Macamlah orang tak tahu tradisinya, jika
Najib meletak jawatan maka Timbalan
Presiden UMNO akan ambil alih jawatan
Perdana Menteri.
Patutnya, Muhyiddin bercakap terus
terang di majlis itu. Katakan pada hadirin
bahawa dia mahu menjadi Perdana
Menteri selama sepenggal selepas Najib
letak jawatan, sebelum jawatan itu
diserahkan kepada Mukhriz. Bukankah
mudah begitu?
Selalunya, mereka yang tiada kepentingan
akan keluar dari parti bila menyedari diri
mereka hilang kepercayaan pada Presiden.
Sebagai contoh, Mat Sabu dan konco-
konconya. Mereka tidak yakin lagi pada
Dato' Seri Abdul Hadi dan mereka keluar
parti, lalu menubuhkan parti sendiri.
Kenapa Muhyiddin dan Mukhriz tidak
meletak jawatan? Mengapa mereka tidak
berterus terang bahawa ia adalah
merupakan strategi mereka untuk
menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.
Sekiranya Muhyiddin naik menjadi
Perdana Menteri, dia akan melantik
Mukhriz sebagai senator dan kemudian
menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Dato' Seri Ahmad
Zahid Hamidi. Maka sempatlah dia
'merasa' jadi Perdana Menteri sekejap.
Mengapa Mahathir keluar parti? Itu
adalah demi menunjukkan kesungguhan
nya mahu menggulingkan Najib, tapi
bukan untuk dirinya. Dia mahu jatuhkan
Najib demi masa depan anaknya Mukhriz.
Selepas Muhyiddin naik jadi Perdana
Menteri, maka Mukhriz akan jadi Timbalan
Perdana Menteri. Maka selepas itu Mukhriz
akan jadi Perdana Menteri ekoran umur
Muhyiddin yang sudah hampir 80 tahun,
atau akan digulingkan jika enggan
memberi laluan kepada Mukhriz.
Banyak 'rahsia' Muhyiddin yang Mahathir
tahu sama ada di Johor mahupun semasa
menjadi menteri kabinet. Jika enggan
dengar kata, maka nasib Muhyiddin
mungkin bakal menjadi seperti Pak Lah
dan Najib.
Mungkin benar, Mahathir tidak akan tutup
mata dengan tenang selagi anaknya tidak
menjadi Perdana Menteri. Mungkin kerana
itulah Mahathir tetap berusaha mengguling
kan Najib dan sanggup berdiri lebih satu
jam untuk tujuan itu. Semuanya dilakukan
demi Mukhriz.
Namun, apakah Mahathir jamin Mukhriz
boleh jadi Perdana Menteri yang baik?
Mahathir sudah banyak kali tersalah pilih,
apakah Mukhriz pilihan yang tepat? Ketika
menjadi Timbalan Menteri dulu, ramai
yang merungut Mukhriz tidak tahu buat
kerja dan tidak membantu.
Ketika menjadi Menteri Besar Kedah atas
ehsan Najib sebelum ini, dia hanya popular
berselfie sedangkan hampir tiada satu mercu
tanda pun dari hasil tangannya. Jika ada
sekalipun, itu semua datang dari Kerajaan
Pusat dan bukan dari Mukhriz sendiri.
Mahathir mungkin sedar dan tahu bahawa
Mukhriz juga seorang yang gagal dalam
politik. Sama ada di peringkat UMNO
Bahagian mahupun di Pusat, Mukhriz
hanya gah pada hujung namanya
'Mahathir' sahaja. Jika 'Mahathir'
tiada nanti, tiada siapa mahu pandang...
Mahathir dan Mukhriz perlu sedar diri
sendiri. Jika berprinsip, Mukhriz perlu
keluar dari UMNO dan jadi Adun Bebas
di Ayer Hitam. Cara itu barulah betul
dan beretika. Jika tidak, maka kekallah
dalam UMNO dan tunggu saja pemilihan
agung UMNO nanti...
Tak perlu menghentam Presiden parti
dan memburuk-burukkan imej UMNO.
Bila dah terlajak macam ini maka
tunjukkan kejantanan dalam perjuangan.
Jangan jadi api dalam sekam,guntingan
dalam lipatan dan musang berbulu ayam!!!
- AmirHamzah
No comments:
Post a Comment