Monday, 7 March 2016

NYANYUKKAH DIA???


Benarkah Tun M sudah lupa ....?


Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas.

Nyanyuk adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut.

Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini. Nyanyuk juga boleh disebabkan oleh akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak.

Nyanyuk juga boleh terjadi disebabkan kurang tidur dan mereka sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya.

Antara tanda-tanda yang biasa berlaku adalah tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan. Tidak dapat mengingati sesuatu yang biasa seperti nama sendiri, no. kad pengenalan sendiri atau no. telefon bimbit sendiri juga merupakan tanda-tanda mengidap penyakit nyanyuk.

Antara tanda-tanda lain seseorang mengidap penyakit nyanyuk adalah:

1. Pertuturan menjadi lemah
2. Kewarasan kurang baik
3. Ingatan bertambah teruk
4. Perubahan personaliti
5. Berubah tingkah laku
6. Mudah hilang pertimbangan

Mungkinkah Tun M sudah nyanyuk ....?

Percakapannya juga sudah banyak berubah. Dulu kata-katanya dan ucapannya dikagumi bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Misalnya pemimpin Iraq, Iran, Palestin serta Afghanistan, rata-rata pemimpin lain turut menganggap ucapannya penuh berani dan amat cemerlang dan datang dari mata hati yang melihat kenyataan dunia. 

Tetapi hari ini ucapannya lebih banyak memburuk-buruk dan memperlecehkan PM dan pemimpin UMNO yang berdiri teguh di belakang PM.

Tindakannya sejak akhir-akhir ini dilakukan seolah-olah dengan kurang kewarasan. Misalnya menyuruh PM meletakkan jawatan. Isu 1MDB pada mulanya dia menyebut wang 1MDB RM42 billion hilang tetapi selepas itu dikata hutang pula.

Dahulu beliau adalah seorang yang disanjung tinggi kerana personalitinya yang disegani dan dihormati oleh ahli UMNO dan rakyat. Beliau seorang yang mempertahankan parti UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu dari diganggu gugat oleh pihak lain. 

Tetapi pada hari ini beliau cuba untuk menumbangkan UMNO dari puncak kuasa kerana keengganan PM menuruti kehendaknya supaya meletakkan jawatan.

Perubahan tingkahlaku atau bertindak di luar dugaan mula ketara apabila memaksa penggantinya iaitu Tun Abdullah (Pak Lah) meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM).

Dia juga seolah-olah mudah hilang pertimbangan apabila 2 kali keluar UMNO hanya kerana PM yang dipaksa meletak jawatan tidak berbuat demikian. Begitu juga sanggup berpadu tenaga dengan musuh-musuhnya untuk menumbangkan UMNO yang beliau sendiri menjadi presiden selama 22 tahun.

Kesimpulannya, adalah wajar beliau memberi ruang yang seluas-luasnya kepada PM menguruskan negara dan parti tanpa perlu beliau mengganggu gugat dengan pelbagai isu yang belum dibuktikan kebenarannya. 

Adalah lebih baik beliau mencontohi Pak Lah, mantan PM yang menghabiskan usia yang ada untuk beribadah dan bersama keluarga serta anak cucu. Lupakanlah zaman yang sudah berlalu. 22 tahun sudah cukup lama.
Sila tonton video yang menunjukkan dia lupa no. kad pengenalan atau namanya sendiri ....https://www.youtube.com/watch?v=qbbzOq5gAqY

No comments: