Monday, 7 March 2016

MUKHRIZ MAHATHIR MAHU TIPU DAN BELIT RAKYAT…



Mukhriz dalam satu kenyataan menyebut “mereka” 
iaitu kumpulan yang diketuai Mahathir, TSMY, 
Shafei Afdal dan beliau sendiri telah berpakat 
dengan pembangkang bukan untuk mengalahkan 
UMNO dan Barisan Nasional tetapi mahu Najib 
turun dari jawatan Perdana Menteri. 

Kata Mukriz semua orang tahu jika Najib tidak 
turun pembangkang akan menang besar dan 
mudah pada PRU 14 nanti.

Sedikit persoalan timbul.

Berpakat dengan pembangkang dah tentulah 
pembangkang nak jatuhkan kerajaan BN,bukan 
setakat nak jatuhkan Najib aje!Lu mahu tipu 
sape???

Bodohlah pembangkang membantu "mereka" ini.
Lebih baik pembangkang tak campur dan biarkan 
Najib terus jadi PM supaya pembangkang ada peluang 
menang besar PRU 14 seperti mana kata Mukhriz dan 
Mahathir! 

Hakikatnya "mereka" tak mampu dan tak berdaya 
nak jatuhkan Najib dari dalam parti "mereka" sendiri.
Maka jalan terakhir terpaksalah meminta bantuan 
pembangkang yang memang dah menjangka bahawa 
"mereka" ini sedia diperalatkan dan dipergunakan 
sebagai senjata untuk mengalahkan BN yang memang 
sukar untuk dikalahkan selama ini.

Jika pembangkang bakal menang besar dan mudah 
pada PRU nanti hanya kerana Najib terus kekal jadi 
PM, mengapa pembangkang turut menandatangani 
deklarasi meminta Najib turun?

Tak ke itu pembangkang mengambil kesempatan di atas 
kebodohan "mereka" itu???

Mengapa tidak tunggu PRU saja?.
Kalau BN menang PRU 14 nanti,bolehlah lawan 
Presiden UMNO.Mukhriz pun boleh ganti Presiden 
yang dia benci sangat sekarang ini dan bolehlah 
jadi PM pulak.

Bukankah itu lebih mudah untuk perintah negara 
ini jika Najib sekarang ini terus kekal jadi PM. ?

Mukriz nak tipu rakyat ye…

Mukriz nak belit ye.. 

Mukriz ingat pembangkang bodoh ye?

Tipu makan diri…dan serlahkan kebodohan diri 
kepada Pembangkang.Belajarlah daripada sejarah 
wazir kerajaan bani Abasiyyah yang belot ke 
sebelah pemimpin Monggol Hulagu.

Akhirnya dia dibunuh juga oleh Hulagu yang tahu 
benar bahawa pembelot memang tak boleh dipercayai 
dan memang tak boleh dibela!!!

No comments: