Bila Tun M nak pulangkan semua aset2 UMNO .....?
Adakah aset2 UMNO sudah menjadi hak miliknya
dan juga konco2nya .....?
Orang kata jika kita mengaibkan orang maka akan
ada orang lain yang akan mengaibkan kita.
Selepas beliau mengejutkan semua pihak dengan
menghentam, memaksanya turun takhta dan
melemparkan pelbagai fitnah dan ceritera dengan
tujuan memburuk-burukkan DS Najib, satu persatu
keburukannya dibuka orang.
Selepas terbuka cerita beliau memiliki 1.194 billion
yang disekat untuk di bawa masuk yang didedahkan
oleh orangnya sendiri iaitu Abdul Hamid dan laporan
polis oleh DAP Perak timbul pula beliau mahu DS
Najib melantik anaknya Boboboi sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Kini timbul pula cerita beliau masih menyimpan aset
UMNO yang bernilai antara RM100 - RM200 billion. Cerita ini didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK).
RPK berkata bekas perdana menteri itu telah berbohong dalam surat terbukanya kepada ahli-ahli UMNO minggu lalu, dalam cubaan menarik sokongan mereka untuk menjatuhkan Najib.
Beliau berkata Mahathir tidak menceritakan sepenuh kebenaran dan berbohong untuk mengambil kesempatan ke atas generasi muda yang tidak arif akan sejarah UMNO dan dirinya.
Beliau berkata UMNO dihimpit masalah kewangan akibat daripada pembatalan pendaftaran parti itu oleh mahkamah selepas Tengku Razaleigh Hamzah hampir menumpaskan Mahathir dalam pemilihan parti 1987.
“Semua aset UMNO dibekukan dan banyak cawangan dan bahagian UMNO disaman oleh bank. Menjelang pilihan raya umum 1990, UMNO tidak berduit dan terpaksa merayu sumbangan daripada tauke-tauke kaya dan ahli-ahli perniagaan,” kata Raja Petra.
“Tentu sekali sumbangan itu bukan seikhlas hati,” tegasnya dan parti itu membalas ‘kemurahan hati’ penderma dengan konsesi dan kontrak melalui penswastaan aset kerajaan, pemberian permit dan cara lain.
“Bermula dari situlah UMNO bertukar daripada parti politik kepada entiti korporat,” tulis Raja Petra. Mahathir pada ketika itu memutuskan bahawa UMNO memerlukan berbilion ringgit untuk kempen sekiranya tidak mahu hidup susah.
Turut diputuskan kemewahan UMNO tidak akan dipegang atas nama parti, tetapi atas nama pemegang amanah, penama dan proksi. Presiden UMNO, timbalan presidennya, bendahari dan beberapa yang lain diberi tanggungjawab untuk menyimpan wang tunai, aset dan pelaburan UMNO atas nama masing-masing, jelas Raja Petra.
Beliau menekankan bahawa penemuan RM2.6 bilion dalam simpanan Najib itu adalah akibat daripada perbuatan Mahathir sendiri.
“Bahkan, Mahathir sebagai seorang penama masih memegang kira-kira RM100-RM200 bilion harta UMNO,” kata Raja Petra.
Janganlah asyik nak memburuk2kan DS Najib dengan cerita karut dan yang dia sendiri menciptanya.
Pulangkanlah balik aset2 UMNO kerana ia bukan milik peribadi atau keluarganya. Aset2 itu milik UMNO dan ahli2 UMNO.
Janganlah nak tunjuk muka bersih sedangkan badan disaluti najis. Cukup2lah memburuk2kan orang lain sebelum seluruh badan diselaputi najis.
No comments:
Post a Comment