Wednesday, 23 March 2016

MUFTI DUIT SYILING,HANYA NAMPAK SEBELAH AJE !!!



Di kalangan tok-tok mufti di seluruh Malaysia, 
seorang mufti tersangat aktif melibatkan dirinya 
dalam politik dan seringkali mengeluarkan 
pelbagai ulasan, sindiran malahan melakukan 
fitnah apabila membabitkan Kerajaan UMNO-BN 
dan Najib Abdul Razak.

Dengan jumlah pengikut yang agak ramai, 
popular kerana fatwa-fatwa selain gelagatnya 
yang adakalanya ghuluw, tok mufti tersebut 
sering mendapat perhatian apabila dia membuat 
kenyataan.


Bagaimanapun, dalam isu Lim Guan Eng yang 

merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, tok 
mufti tersebut yang pernah menjadi pensyarah 
di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, 
senyap sunyi langsung.


Otaknya seperti beku. Matanya seperti buta. 

Telinganya seperti ditulikan. Bahkan jari-jari 
tangannya seperti telah dikakukan daripada 
melakukan perbuatan yang sama seperti yang 
dilakukannya apabila melibatkan Najib Abdul 
Razak dan UMNO-BN.


Selalunya dia macam SPRING, cepat benar 

membidas, tetapi dalam kes Lim Guan Eng 
dan DAP pula, dia seperti kera duku yang 
lembab bergerak walaupun matanya buntang 
sebesar bola pingpong.


Barangkali Lim Guan Eng bukan beragama 

Islam, tidak seperti Najib kut, itu yang kurang 
menarik perhatiannya. Agaknya lah. 


Kita bersangka baik.

No comments: