Andainya Cerita Derma Bohong, Najib Tak Akan Dibenarkan Datang Ke Arab.
Seandainya benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong dalam perkara berkaitan wang derma politik bernilai RM2.6 bilion yang diberikan keluarga Diraja Arab Saudi, pastinya kerajaan negara itu akan mengharamkan kedatangan Najib ke Arab Saudi ekoran perbuatan jahat itu.
Bagaimanapun, beliau kini berada di Jeddah, Arab Saudi dalam rangka lawatan kerja serta dijadualkan akan menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sana.
Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi kerajaan Arab Saudi.
Pesawat khas yang dinaiki Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 11.50 malam (waktu Arab Saudi) semalam.
Setibanya beliau di Arab Saudi, acara pertama lawatan kerja Najib ialah mengerjakan umrah di Kota Suci Makkah hari ini.
Najib akan turut melawat anggota tentera Malaysia yang ketika ini sedang berpangkalan di Hafar Al Batin. Rombongan Malaysia yang diketuai Najib turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta para pegawai kanan kerajaan.
Kenyataan Kementerian Luar, lawatan kerja Najib bakal membantu usaha meningkat dan memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi merangkumi hal politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji.
Bayangkan jika cerita berkaitan wang derma yang bukan sedikit itu direka oleh Najib, pastinya beliau sudah diharamkan masuk ke Jeddah serta dikenakan tindakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Diketahui umum, perihal perkara berkaitan keluarga Diraja Arab Saudi begitu sensitif apatah lagi soal kekayaan mereka dipersendakan kerajaan negara lain. Negara berkenaan pula negara yang rapat serta mempunyai reputasi jemaah Haji yang baik serta berdisiplin iaitu Malaysia.
Dari sudut mana logiknya, Najib mengada-adakan cerita wang derma dari Arab Saudi itu seperti yang dicanangkan para pemberita portal pro-pembangkang yang tidak beretika itu.
Hanya orang yang pandai guna akal dapat menilainya!!!
8 comments:
Kamu ni jenis takde adab dan akhlak ke? Ke tak pernah dididik pasal menghormati tetamu?
Lagi satu...yg diperkatakan pasal raja saudi bukannya raja saudi yg sekarang ni...tapi anak kepada raja saudi yg dah wafat. Bukan raja salman...tetapi putera dot dot....yg terlibat dengan 1mdb tu...itu pun kamu tak tahu ke? Patut pun najib kata kamu semua ni blongang (blogger bangang)...hehe
kau yang bodoh! ini soal maruah keluarga di raja arab saudi.orang arab pentingkan maruah!dah tentu mereka tak kan terima najib kalau benar apa yang WSJ dan Sarawak report laporkan itu.sebaenarnya kau yang bangang tak boleh fikir dan nampak kebenaran.mudah dipengaruhi oleh orang yang berhati setan kafir pulak tu.bangang sungguh si pentaksub madey ni!
Mak oi....ingatkan najib kena tampor atau dipancung oleh raja arab....hehehehe
Dulu puak mamak kerala kata najib akan ditangkap FBI....qah..qah...qah
Majoriti rakyat tahu rm2.6b adalah wang derma n dana tapi puak yg nak kaya sampai kiamat spin dgn gelas berisi kencing wsj dan sr....hehehehe
Rasa2nya mendidih darah mamak kerala melihat kemesraan najib dgn raja arab nie.....mgkin itu org arab gila yg bagi wang dgn najib spt kata mamak kerala......hehehe.Tak nampak giler pon!!!!Mamak kerala tu yg giler...giler nak selamatkan waris dan kroni krn lubuk emas mrk dh disapu 1mdb.Hehehe...konon nak 'Save Malaysia'......hehehehe.
Mamak kerala!!!!
Era ko jadi pm....brapa ribu syarikat waris n kroni ko taja pegi haji...
1mdb yg ko jadikan kambing hitam tu dh taja beribu2 org dah termasuk imam dan bilal kpg aku....ko ada???!!!!!!
Mgkin ko ada taja....taja org yg dh bangkrap buat laporan di mahkamah luar negara....skrg dia dh kaya....heheheehehee....bebas dpd bangkrap sekelip mata setelah mengadu domba minta diselamatkan tapi mmg berdosa slmtkan penipu.....hehehe
Wah wah..pemakan dedak najip dah komen.
Itu bukan derma ye...itu wang pelaburan. Sapa cakap? Orang arab jugak yg cakap. Putera yg sewa kapal mewah tu ada maruah ke? Si bodo ditipu hidup2 oleh penyangak2 dengan kapal mewah yg disewa. Ada maruah ke penyangak2 tu? Orang putih ke depa tu?
Jadi najip korang tu ada maruah? Waktu didedahkan ada duit masuk akaun peribadi, bukan main nafi. Bila dah kantoi, baru kelam kabut kata itu derma utk umno? Aduhai...kononnya difitnah...dah berapa kali selasa dah ni? Mana maruah? Nampak tak betapa
bangangnya hamba sahaya najip nih?
Mesra dengan raja arab dibangga2kan...mesra dengan pm israel disembunyi2kan...tapi si bangang tetap sokong...kah kah kah
woi bangang ada ke kau dengar sebelum ini duit untuk pelaburan masuk akau peribadi.Tolol tak habis2 kaki fitnah ni.
memang bangang sibangang ni! tuduh masuk akaun peribadi wang 1MDB oleh mahathir memanglah najib nafi wahai sibangang! tapi bila dana umno najib mengaku sebab dia yang cari.kalau dia kaki songlap lebih baik duit tu dia simpan dalam akaun kat swizland tak yah nak bagi kat parti dia.lagi satu aku nak tanya kat penjilat tahi mamak ni,duit tu duit mak bapak kau punya ke sampai kau sibuk2 dan buat fitnah sepanjang tahun.duit mak bapak kau ke?
kak kah kah! sokong najib kau labelkan sebagai pemakan dedak.kau sokong madey dan pembangkang tu bolehlah di labelkan sebagai pemakan tahik mamak kerala!
Apa pun Najib tatap menjadi pujaan hati kami. Makan dedak kah jilat dedak kah Najib tatap menjadi pujaan hati kami.
Najib adalah terbaik dibandingkan dengan Madey, bapak kepada anak anak billionair. Boleh cerita macam mana anak-anak dia boleh jadi billionair. Sampai mampus pun tak akan cerita. Itu belum masuk kaum kerabat dan kroni2 dia.
Orang Kedah tahu asal usul Madey ni. Dia bukan orang senang namun kekayaan kaum keluarganya umpama dapat duit turun dari langit.
Tentulah marah Najib sudah sekat kebanyakkan lubabg-lubang duit dia. Tapi yang paling sedih puak2 pembela dia juga yang melalak minta tulang.
Post a Comment