Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kongres Selamatkan Malaysia hari ini adalah platform bagi menterjemahkan kesepakatan rakyat berbilang bangsa, agama dan ideologi politik di dalam Deklarasi Rakyat menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kehadiran hampir 2000 rakyat yang memenuhi dewan tertutup SACC Mall Shah Alam adalah satu indikasi jelas bahawa rakyat telah mengenepikan perbezaan antara mereka demi menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurkan oleh Najib.
Di luar sana, berpuluh juta rakyat sudah bosan dan jelik dengan tindak tanduk dan pembohongan demi pembohongan Najib Razak.
Rakyat menuntut ahli UMNO khususnya pemimpin Majlis Tertinggi UMNO untuk bertindak menyingkirkan Najib Razak.
Pemimpin UMNO dikecam kerana berdiam diri dan membiarkan Najib Razak terus berleluasa mengkhianati mandat rakyat dalam PRU13.
Kini kita sudah tidak boleh lagi mengharapkan MT UMNO kerana parti UMNO sudah menjadi parti milik Najib dan keluarganya.
Sana sini rakyat menggelarkan MT UMNO sebagai pengecut dan hamba kepada penyamun.
Kini tibalah masanya rakyat tanpa mengira latar belakang sosial dan ideologi politik untuk memikul tanggungjawab mengembalikan negara ke landasan yang betul.
Rakyat yang mahukan perubahan harus menyokong Deklarasi Rakyat.
Deklarasi rakyat bukan bertujuan untuk menukar kerajaan sedia ada tetapi ianya bertujuan untuk menukar Perdana Menteri.
Kita perlu menukar Perdana Menteri demi untuk menyelamatkan Malaysia kerana Najib adalah seorang Perdana Menteri yang tidak beretika dan tiada integriti.
Najib telah mencuri terlalu banyak wang kerajaan. Malaysia sedang ditadbir oleh seorang penyamun! Negara berdaulat ini kini dibayangi kejahatan.
Tindakan kerajaan memutar belitkan isu Deklarasi Rakyat sebagai usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada adalah berniat jahat untuk melindungi seorang pencuri wang negara.
Anina Saadudin
Dangkal betul pemikiran si Anina bekas ketua wanita cawangan Padang Mat Sirat Langkawi ni.Kefahaman
nya tentang perkataan mencuri dan menyamun itu
terlalu lemah.
Najib telah mencuri terlalu banyak wang kerajaan???
Kah kah kah!!! Tak ada rekod pun Najib curi wang kerajaan.Tapi Tun M pujaannya tu ada rekod habiskan wang kerajaan untuk bail-out syarikat kroni-kroni dan anak-anaknya.Yang jadi mangsa Petronas.
Ahli UMNO tak akan menyingkirkan Presiden parti tanpa sebab yang munasabah.Yang sibuk nak menyingkirkan Presiden parti adalah orang yang tergugat kepentingan dirinya.orang yang tak terpenuhi kehendaknya seperti Three Stooges di atas.
Deklarasi Rakyat?Atau deklarasi PALAT?
Deklarasi Rakyat kononnya nak jatuhkan Najib aje bukan kerajaan BN.
Orang bodoh macam betina ni bolehlah nak tipu.Bodohlah pembangkang.Bodohlan Lim Kit Siang dok sokong deklarasi PALAT ni kalau setakat nak jatuhkan Najib saja.Apa barang???
Pembangkang lagi cerdik kerana pandai guna peluang mempergunakan manusia macam three stooges ni.Depan Tun M setuju jatuhkan Najib.Belakang apa barang hanya nak jatuhkan Najib.Kasi sapu sekali kerajaan BN biar tumbang tertonggeng!!!
Puak ProTun boleh digunakan sebagai mesin memecahkan benteng kerajaan dari dalam ibarat tebuk kapal dari dalam tanpa disedari kelasi dan nakhoda.
Pembangkang mempergunakan ProTun untuk ujudkan pro dan kontra dalam umno sendiri!
Namun sejarah telah menunjukkan bahawa pembelot tak kan ke mana kerana musuh akan bunuh pembelot sebab musuh tau kalau puak sendiri dia berani belot apa tah lagi musuh yang nyata.
Wazir Bani Abbasiyah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami yang membelot terhadap kerajaan Bani Abasiyyah telah dibunuh sekali dengan khalifahnya
oleh monggol Hulagu.
(Lebih kurang aje bunyinya Umayiduddin dengan saaduddin,Umayiduddin dengan Muhyiddin)
No comments:
Post a Comment