Thursday, 3 March 2016
Sejak Bila Pulak Parti UMNO Sudah Bertukar Jadi Parti Najib Ni...???
Dia ingat dia jadi PM selama 22 tahun semua orang
kena ikut cakapnya, jangan bantah kehendaknya,
sujud kepadanya, ikut kemahuannya atau akur apa
saja nasihat dan nafsunya.
Masa dia memerintah dulu bukan 100% sempurna
pun. Langsung tak buat salahlaku, penyelewengan,
khianat atau sabotaj orang lain. Adakah dia tidak
menindas orang lain? Adakah tidak berlaku rasuah
masa zamannya?
Dia bukan maksum. Dia bukan sempurna atau baik
sangat. Kalau tidak takkan pembangkang menggelar
nya MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN ....?
Mendiang Lee Kuan Yew apabila sudah bersara tidak
la gila babi suruh Perdana Menteri selepasnya letak
jawatan walaupun dia dilantik jadi penasihat.
Malaysia sudah ada 5 orang mantan Perdana Menteri.
Mantanmantan Perdana Menteri tidak mencampuri
urusan-urusan Perdana Menteri ketika itu tetapi dia
mencampuri urusan 3 Perdana Menteri. Hebat
sangatkah dia ni?
Contohilah Pak Lah. Bila sudah bersara menumpukan
kepada keluarga dan banyakkan berbuat ibadah. Orang
tua-tua kata ....'dunia kata pergi dan kubur kata mari'.
Biarkanlah DS Najib dengan caranya sendiri mentadbir
negara. Dia bukan setahun 2 dalam politik tetapi sudah
40 tahun dan bapanya pula mantan Perdana Menteri.
Janganlah sibukkan DS Najib dengan tohmahan dan
fitnah. Biarlah dia sibuk dengan usahanya memikirkan
usaha untuk mendahulukan rakyat.
Apa sebenarnya hasrat tersirat yang masih tidak
tertunai sehingga memaksa Pak Lah dan DS Najib
letak jawatan ....?
Dulu mungkinlah orang berfikir Pak Lah salah sampai
Tun M desak dia letak jawatan.Tapi bila DS Najib pun
kena desak malah kena serang bertubi-tubi dan
bertali arus dengan pelbagai tohmahan dan fitnah
maka dapatlah kita membuat keputusan siapa yang
sebenarnya salah dan bermasalah!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment