Tuesday, 22 March 2016

MUKHRIZ OH MUKHRIZ !!!




Gelagat Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar 

Kedah sekarang, benar-benar berbeza berbanding 
semasa dia menjawat jawatan itu sebelum ini. 


Sekarang, Mukhriz sudah rajin benar turun ke 
kawasan-kawasan yang kurang dijelajahinya, 
tanpa protokol dan tanpa lalat-lalat dan langau-
langau yang menjadi pengekornya.

Alangkah baiknya, kalau semasa menjadi Menteri 
Besar dahulu, beliau luangkan masa diberikan
kepada Kedah seperti sekarang, dilakukannya.


Malangnya, Mukhriz hanya melakukannya selepas 

dia kehilangan segala-galanya kerana terburu-
buru atau sesetengah orang berkata, serba-salah 
untuk memilih antara Ketua dengan bapa.


Kesilapan besar Mukhriz membuat andaian 

bahawa pengaruh bapanya terlalu besar dan 
penghormatan sebahagian besar orang UMNO 
kepada bapanya, akan memudahkan rancangan 
bapanya menggulingkan Najib Abdul Razak, 
ternyata memakan diri sendiri.


Tun Dr. Mahathir memang nama besar, bahkan 

dunia mengenalinya selepas 22 tahun 
mengendalikan Malaysia dan mengubah Malaysia 
daripada sebuah negara pertanian kelas ketiga 
menjadi negara membangun kelas pertama, 
walaupun akhirnya yang menanggung segala 
beban adalah rakyat Malaysia sendiri untuk 
tempoh yang sangat lama menerusi peningkatan 
kos akibat pembayaran dan pengekalan untung 
berlebihan kepada taukeh-taukeh konglomerat 
yang bersekutu dengan Mahathir.


Perubahan masa, kebanjiran maklumat, 

kemudahan mendapat maklumat bahkan 
kepekaan penyaluran maklumat, telah 
mendedahkan bahawa Mahathir sendiri 
dalam usahanya mengubah negara ini, telah 
melakukan kesilapan besar yang perlu 
ditanggung oleh rakyat Malaysia dan 
kesilapan tersebut memerlukan dasar 
serta polisi baru kerajaan yang tidak lagi 
bergantung kepada taukeh-taukeh 
konglomerat seperti yang dilakukan oleh 
Najib Abdul Razak sekarang.


Malangnya Mukhriz tidak mampu mengikut 

arus semasa sebaliknya lebih memilih legasi 
walaupun Mukhriz mempunyai masa hadapan 
kerjaya yang lebih baik seandainya dia bijak 
mencatur perjalanannya. Legasi dan nostalgia 
22 tahun bapanya tidak membantu langsung 
kecemerlangannya dalam politik. Seharusnya 
dia berdiri di atas kakinya sendiri.


Tindakannya menjelajah ke serata Kedah, 

berceramah untuk membenarkan Deklarasi 
Mahathir-Kit Siang dan memperteguhkan 
doktrin kononnya, deklarasi tersebut sekadar 
mahu menolak Najib, bukannya kerajaan UMNO
-BN adalah sesuatu yang membodohkan dan 
mengelirukan.


Mukhriz sendiri sedar bahawa parti-parti 

pembangkang terutama sekali tidak akan 
sama sekali membantu UMNO-BN untuk 
bertahan sebagai Kerajaan Malaysia, bahkan 
dari semasa ke semasa akan mempergunakan 
apa-apa sahaja untuk menjatuhkan UMNO-BN 
daripada terus menjadi Kerajaan. 


Apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa 
deklarasi sekadar menjatuhkan Najib, bukannya 
kerajaan, seharusnya dia juga sedar, dia 
diundurkan daripada jawatan Menteri Besar 
Kedah hanyalah untuk memperkukuhkan dan 
menyusun semula UMNO Kedah, bukannya 
untuk melemahkan UMNO Kedah. 


Apatah lagi sewaktu kemenangan UMNO-BN 
Kedah pada PRU lalu, tidak melibatkan Mukhriz 
secara langsung, sebaliknya Mukhriz hanya 
dihidangkan dengan kemenangan dan ditatang 
sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.


Meskipun terdapat desakan agar Mukhriz 

dipecat dari UMNO, seelok-eloknya biarlah 
Mukhriz sendiri yang memecat dirinya. 


Mungkin gelagatnya sekarang, bagaikan 
telunjuk menjolok mata, tetapi semakin ramai 
yang sedar dan dapat melihat sendiri bagaimana 
Mukhriz sedang membodoh-bodohkan dirinya 
sekaligus menjadi penangkis kepada cubaannya 
untuk menjahanamkan UMNO dari dalam.

No comments: