Wednesday, 9 March 2016
MAKANAN AWET MUDA!!!
Amal 6 Makanan Ini Bermula Usia 30 Tahun
Agar Wajah Tampak Awet Muda:
Memasuki usia 30-an, wajah seorang wanita
akan mula memperlihatkan tanda-tanda penuaan.
Akan mula kelihatan garis-garis kedutan di
bahagian mata dan juga bibir. Sebahagian
wanita pula mungkin lebih jelas bila pipi yang
dulu tegang kelihatan kendur atau jatuh.
Oleh itu pastikan sebaik saja usia mencecah
30 tahun, anda mengamalkan enam makanan
berikut yang terdiri daripada sayur dan buah
-buahan. Khasiat dalam makanan ini membantu
menegang dan menganjalkan kulit wajah sekali
gus membuatkan anda kelihatan kekal muda
ibarat tak dimamah dek usia.
1. Delima - Kulit dapat mengekalkan
keanjalannya jika kolagen di dalam tubuh
diproses dengan baik. Buah delima mampu
melakukannya untuk anda. Ia kaya dengan
vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan
dan seterusnya menghalang kehadiran garis
halus, kedutan dan kekeringan kulit.
2. Tembikai - Tembikai mengandungi air
yang membantu menjadikan kulit lebih elastik.
Paling penting buah ini mengandungi lycopene
yang memberi warna merah pada tembikai.
Bahan ini bertindak sebagai antioksidan
mencegah kerosakan kulit akibat kesan sinar
UV. Khasiat yang sama juga ada pada buah
tomato.
3. Bayam - Salah satu khasiat bayam
adalah membantu memberi kulit yang sihat
kerana kandungan vitamin A yang tinggi. Ia
juga dikatakan memberi kelembapan yang
tepat pada epidermis sekali gus membantu
mencegah jerawat, kedutan dan masalah
kulit yang lain.
4. Brokoli - Sayuran ini dapat meningkatkan
kualiti kesihatan kulit kerana kandungan
vitamin C, E, dan B6. Ia membantu mengelak
kan kesan kerosakan pada kulit akibat radikal
bebas.
5. Avokado - Buah ini kaya dengan asid lemak
omega dan asid oleic untuk membantu lapisan
luar kulit mengekalkan kelembapannya hingga
membuatkan kulit lembut dan anjal.
6. Kiwi - Buah kiwi mengandungi banyak vitamin
C yang mampu mencerahkan kulit tubuh. Buah
kiwi berkesan dalam memperbaharui sel-sel kulit
yang akan menjadikan kulit cerah, tampak segar
dan muda.
Sebenarnya lagi awal anda mula mengamalkan
enam makanan ini lebih baik. Ia akan mengurang
kan kos anda membeli krim atau serum anti
penuaan.
Selain itu amalan sayur dan buah-buahan ini
juga baik untuk kesihatan tubuh secara
menyeluruh - sumber vanillakismis.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment