Thursday, 31 March 2016

SIAPA PEROMPAK YANG SEBENARNYA???



Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit.
"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"
Semua orang meniarap dengan ketenangan.
[Ini dipanggil "Mind Changing Concept" . Mengubah cara pemikiran yang konventional. ]
Tiba-tiba ada seorang perempuan yang mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"
[Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yang kita pakar dan terlatih.]
Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yang lebih muda(Degree) memberitahu kepada  perompak yang lebih tua (yang hanya belajar sehingga darjah 6):Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat hari ini."
Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yang kita rompak, nanti mengambil masa yaag lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'
[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]
Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. 
Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yang kita songlap sebelum ini dari bank".
[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yang dihadapi kepada kelebihan diri!]
Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."
[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]
Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta.
Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"
[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]
Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan.
[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]
Jadi siapa perompak yang sebenarnya 

No comments: