Wednesday 2 March 2016

Tak Masuk Akal!Ayda Jebat menang 5 trofi Anugerah Meletop Era 2016???


Ayda Jebat telah berjaya merangkul 
empat anugerah semasa majlisAnugerah 
Meletop ERA yang berlangsung malam 
Ahad lepas. 

Namun antara yang mengejutkan ialah 
kemenangan Ayda mengatasi Datuk Siti 
Nurhaliza dalam kategori Penyanyi 
Meletop.

Kemenangan Ayda mendapat pertikaian 
hebat netizen yang menganggap dia tidak 
layak memenangi anugerah tersebut apabila 
dibandingkan bakat dan popularitinya dengan 
diva tersohor itu. 

Malah ada yang membuat tanggapan bahawa 
Ayda menang kerana dia ialah duta kepada 
produk Aura White yang menaja majlis pada 
malam tersebut.



Melalui mStar Online, Ayda menafikan 
perkara itu. Katanya, dia menang empat 
kategori tersebut hasil kerja keras peminat 
yang mengundinya.

Pada saya soalan tentang pertikaian saya 
adalah duta produk yang menaja majlis ini 
adalah sangat tidak relevan.

Kemenangan hari ini adalah atas tangan 
peminat saya dan tuduhan ia disebabkan 
saya duta kepada Aura White adalah tidak 
adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja 
keras mengundi saya.

Ayda memenangi kategori utama Top Top 
MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu 
MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP. 
Melalui kemenangan tersebut Ayda membawa 
pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah 
RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Saya tahu ramai yang komen negatif di laman 
sosial yang menganggap saya tidak patut 
menang, saya juga tidak ada kuasa untuk 
mengatakan ia bukan hak saya atau orang 
lain.

Saya ambil komen mereka daripada sudut 
positif dan buktikan lagi kemampuan saya 
untuk menyangkal tuduhan negatif itu.

Bagi Ayda, trofi Penyanyi MeleTOP dan 
Lagu MeleTOP menerusi lagu Siapalah 
Diriku yang diterima adalah anugerah 
paling bermakna buat dirinya yang 
baharu bergelar penyanyi dan ia 
menyuntik semangatnya untuk terus 
menghasilkan karya yang terbaik dan 
digemari masyarakat.



Saya menangis ketika mengambil anugerah 
ini kerana rasa seperti mimpi. Saya bersaing 
dengan penyanyi-penyanyi yang hebat-hebat 
dan ada kelab peminat yang kuat.

Kemenangan ini membuatkan saya ingin 
hasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada 
masa akan datang. Ramai yang bertanya 
saya tentang lagu balada, tapi saya rasa 
belum sampai masanya untuk menyanyikan 
lagu berat.

Lagu-lagu Ayda sememangnya catchy dan 
mudah mendapat tempat, namun begitu 
ia tidak lari dari terkait kontroversi. 

Lagu Siapa Diriku dikatakan mempunyai 
Talk Talk Talk nyanyian N.S Yoong.

Ayda bagaimanapun menafikannya melalui 

No comments: