Wednesday, 23 March 2016

FACEBOOKER JENIS APAKAH ANDA???


Inilah manusia... yang dalam facebook ni pun ramai begini...


Kepala penuh dengan persepsi dan bukan fakta 
tak kan boleh berfikir dengan waras.Walaupun ditonjolkan fakta, manusia sebegini tak kan dapat menerimanya kerana mereka tak punya budaya 
ilmu.

Mengkritik adalah suatu kerja yang paling senang 
dalam dunia ini.Hanya bermodalkan lidah dan otak.
kalau otak yang sihat lahirlah kritikan yang bernas 
dan membina.Tapi kalau otak tak stabil,senget 
sebelah maka lahirlah kritikan yang dipenuhi caci
maki,carutan dan umpat fitnah!Dalam facebook 
amat ramai manusia sebegini.


Seringkali mengaitkan sebarang isu dengan orang 
yang mereka benci.Contohnya barang naik salahkan 
DS Najib.

Isteri kena raba salahkan menteri.Malah emak tercirit pun nak salahkan Najib.Itulah hati manusia yang dah hitam.

Manusia jenis inilah yang ramai jadi facebooker.
Yang lebih malang lagi kalau mereka taksub kepada pemimpin mereka yang dianggap maksum.Walaupun jelas tindakan pemimpin mereka itu tidak betul dan berlandaskan andaian dan fitnah,mereka tetap mempertahankannya dan hanya pemimpin mereka 
yang betul dan benar.

Mereka ini adalah pak turut yang tak reti guna akal 
untuk analisis sebarang fakta.Golongan seperti 
inilah yang termasuk dalam 6 golongan yang Allah 
jamin masuk neraka.

1 comment: