Thursday 10 March 2016

Mahathir Tak Kuat Pun!!! Dia Yang Perlukan Kami!!!
















































KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa penyertaan bekas perdana menetri, Tun Dr Mahathir Mohathir bersama Pakatan Harapan Rakyat akan membantu pembangkang meraih lebih banyak sokongan akar umbi.

Wan Azizah menyifatkan Dr Mahathir tidak mempunyai sokongan yang kuat di kalangan rakyat sehingga terpaksa memohon bantuan pimpinan pakatan pembangkang.



“Tidak…tidak…itu tidak betul, Dr. Mahathir tidak kuat, dia yang memerlukan bantuan daripada kami (pembangkang),” katanya ketika sidang media di Parlimen sebentar tadi.



Ketua Pembangkang itu turut menegaskan isu memaafkan beliau dan keluarga telah memaafkan Dr Mahathir Mohamad tidak timbul kerana ia merupakan perkara yang berbeza.



Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita adakah kesediaanya bekerjasama dengan Dr Mahathir itu boleh diibaratkan sebagai tanda dirinya sudah melupakan kisah suaminya yang dilucutkan jawatan dan dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan liwat pada zaman pemerintahan Mahathir.



“Saya tak rasa itu dendam sebab dalam isu yang berlainan, awak (media) lihat YB Kit (Siang) pernah menjadi mangsa, Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa, suami saya juga pernah menjadi mangsa, dia berikan kenyataan kepada tiga peguam.



“Ia bukan tentang dendam, ia bukan tentang soal membalas dendam. Ianya tentang negara kita. Jadi kita perlu tengok perbezaan ini…apa yang telah jadi,” katanya lagi.



Wan Zizah turut menegaskan agenda pembebasan Anwar daripada penjara akan menjadi keutamaan dalam Deklarasi Rakyat walaupun tidak mendapat persetujuan Dr Mahathir.



“Ia tidak kira sama ada dia (Mahathir) setuju atau tidak, ia tentang reformasi kami, dia (Anwar) adalah mangsa penahanan penjara.



“Sekiranya kita membebaskan dia (Anwar), itu adalah reformasi yang terbesar yang kita berhutang kepada negara,” katanya lagi.

- suaratv

3 comments:

Anonymous said...

Mahdey hanya kuat menipu jer...bijak menguasai fikiran rakyat dgn kebolehan bercakap spt peliwat tua tu.
Apa2 pon...mahdey bukan nak selamatkan malaysia pon...dia meroyan krn lubuk emas waris dan kroni dia digganggu.Lubuk emas ciptaan mahdey dgn kroni hasil perjanjian bodoh dan bangang dia selama 22 tahun.
Lama dh rakyat tahu.Klu dia diam jer...mgkin org tak kesah sgt.Ini dia bercakap umpama munafik.Dia sendiri lupa bgmana dia mnjadikan warisnya kaya raya dan bgmana kroni2nya yg kaya mendadak hasil kuasa seorg pm.Skrg dia nak cari pm yg boleh ditenyeh dahi dan dikeldaikan bagi meneruskan kemewahan luarbiasa waris dan kroni2nya.

Anonymous said...

Tun Mahathir tetap dihati kami.
Setiap langkah Tun M kami ikuti dengan rapi.
Jika Tun M kata A kami dengan sejujur hati mengiakan A.
Kami yakin peminat Tun M semua genarasi.
Beratus-ribu ahli UMNO pasti peminat Tun M.
Mereka sayang parti, cuma mereka mahukan PM baru sahaja.

Kami tetap setia dengan cara Tun Mahathir.
Kami rindu PRU 14 walaupun lambat lagi 2018.
Kami rela korbankan UMNO, jika PM baru belum diganti.
Inilah harapan kami rakyat Malaysia.

Anonymous said...

antara 6 golongan yang Allah jamin neraka ialah pemimpin yang menipu rakyat dan pengikut pak turut yang tak reti guna akal yang Allah beri sampai tak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.atau dalam erti kata mudahnya pengikut taksub melampau.kaji faktalah sebelum mengomen.