Apa Motif Pihak Kristian Cuba Manipulasi
’10 Point Solution’?
Kes nama ‘Allah’ di dalam The Herald telah pun selesai dengan keputusan yang memihak kepada Islam.
Walaubagaimanapun, pihak Kristian masih lagi cuba memainkan isu ‘Allah’ dengan bertegas untuk terus menggunakannya di dalam aktiviti keagamaan mereka.
Hujah mereka bahawa nama ‘Allah’ hanya dilarang digunakan oleh The Herald dan bukan dalam aktiviti atau percetakan lain.
Kasihan pula kita melihat pihak gereja yang tidak mampu memahami perkara semudah ini.
Faktanya, The Herald telah didakwa di mahkamah kerana melanggar undang-undang di bawah Seksyen 9, Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 dan telah kalah dalam kes ini.
Faktanya juga, Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 ini tidak pernah dihapuskan atau diubah yang mana bererti ia wajib dipatuhi oleh semua pihak sama ada sebelum atau selepas kes The Herald. Tidak ada sebab kenapa Enakmen ini perlu diabaikan setelah The Herald kalah di mahkamah.
Justeru, bagaimana pula pihak gereja boleh berhujah yang larangan tersebut hanya tertakluk kepada The Herald dan bukannya aktiviti atau percetakan lain?
Pihak gereja turut membawa hujah kononnya Enakmen ini telah melanggar Perkara 11 dan 11(4) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan hak kebebasan beragama di Malaysia.
Faktanya, tidak ada satu pun ayat di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 yang melarang penganut agama lain mengamalkan agamanya.
Penganut Kristian bebas untuk berdoa kepada Jesus atau Father atau Holy Spirit sekerap mana yang mereka inginkan. Hari Krismas adalah cuti umum bagi seluruh Malaysia. Padri Kristian bebas memakai pakaian keagamaan mereka sesuka hati di mana-mana saja. Tiada sekatan untuk mana-mana penganut Kristian untuk berkumpul di gereja pada hari Ahad.
Penggunaan nama ‘Allah’ dalam doa pula bukanlah syarat wajib dalam ibadah Kristian malah tidak pun digunakan oleh majoriti penganut Kristian di dunia.
Justeru, bagaimana pihak gereja boleh berhujah bahawa Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 tersebut melanggar Perkara 11 dalam perlembagaan Malaysia?
Apabila tidak mampu berhujah balas mengenai perkara ini, pihak gereja merujuk pula kepada sepuluh penyelesaian atau ’10-point-solution’ yang dimaterai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 2011.
Menurut mereka, larangan menggunakan nama ‘Allah’ dalam aktiviti Kristian dengan sendirinya melanggar syarat penyelesaian tersebut serta menuduh kerajaan sebagai berdolak dalih atau menipu mereka.
Hakikatnya, sepuluh penyelesaian itu langsung tidak menyebut nama ‘Allah’. Secara ringkasnya, sepuluh penyelesaian tersebut menyatakan bahawa:
“Injil semua bahasa boleh di-import, dicetak dan diedarkan di Sabah Sarawak dan juga Semenanjung,” dan “Injil di dalam Bahasa Malaysia untuk edaran di Semenanjung harus mempunyai perkataan ‘Christian Publication’ di kulit depan.”
10-Point Solution langsung TIDAK menyatakan kebenaran kepada penganut kristian untuk menggunakan nama ‘Allah’ bagi percetakan dan aktiviti mereka dalam apa jua bahasa selaras dengan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988 dan tanpa melanggar Perkara 11 Perlembagaan.
Ternyata tuduhan pihak gereja bahawa kerajaan telah melanggar syarat 10 penyelesaian tersebut merupakan satu bentuk putar belit dan pembohongan yang biadap.
Pihak gereja wajar merasa malu kerana berbohong dan berdegil enggan akur kepada undang-undang. Seharusnya sebagai pemimpin agama, pihak gereja lebih sensitif dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan, bukannya memprovokasi bagi menimbulkan ketegangan.
Apa yang dilakukan oleh pihak gereja di Selangor seharusnya memalukan seluruh penganut Kristian di dunia kerana ia memperlihatkan seolah-olah Kristian adalah agama yang merestui aktiviti dakwah secara manipulasi dan provokasi.
*********************
Ini kira cacing dah naik ke mata, Amat bahaya. Kalau orang Islam Malaysia masih minat bersengketa dan pak lebai tak berani nak bersuara maka pihak dajjal ini akan lebih kurang ajar. Ataupun kita tak perlu tentang kerana kuasa politik. Carilah jawapannya sendiri.
Kiranya nak ajak berperang la tu. Selagi tidak ada yang syahid mereka tak akan berhenti mencabar orang Islam.
Allah dah kata Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan..penganut agama islam itu menyembah tuhan yang Esa iaitu Allah maka menjadi hak muslimin sahaja menyembah Allah yang Esa, yang Satu..
Qul huwAllahuahad.Adakah tertulis dalam bible old atau new testament tentang Allah sejak Rom menjadi negara kristian? Atau sebelum Rom dikristiankan?Atau oleh Barnabas yang tidak diakui itu?
Malahan Jesus itu tidak dikatakan tuhan sehinggalah ratusan tahun selepas kematian Jesus. Malah Pope ataupun Paus juga tidak pula didengar menyebut Allah dalam sermon mereka..
Alasan dibolehkan guna nama tuhan lain mengikut kepercayaan tempatan bagi menggantikan nama tuhan bapa itu satu cadangan yang absurd sedangkan bible di china adakah tuhan bapa digantikan dgn nama jade emperor atau buddha?
Atau di aztec dengan menggunakan nama dewa mereka? Hakikatnya Allah tuhan sekalian makhluk tapi tetap tuhan yang satu, bukan dua ataupun tiga..Bukan tuhan yang disembah sebagai tuhan yang banyak (trinity) atau tuhan yang punya anak.
Benarlah kata-kata Allah dan benar juga kata-kata rasulNya Muhammad s.a.w.
FIRMAN ALLAH : "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.", AL BAQARAH , 120