Friday, 20 December 2013

ALLAH MENYAYANGI UMNO KERANA IKHLAS MENEGAKKAN SYIAR ISLAM!UMNO BUAT ITU KERANA ALLAH BUKAN KERANA POLITIK KEMARUK KUASA!!!








MACAI PAKATAN HARAM MINTAK AKU 

HURAIKAN PERKARA BERIKUT:


Aku nak kutukan dewata membuat huraian perkara ini... MENINGGALKAN BERHUKUM DENGAN APA YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH SWT.


Para pemerintah juga dijatuhkan apabila mereka terbukti tidak melaksanakan hukum Allah swt sedangkan mereka mampu dan berpeluang untuk melaksanakannya tetapi tidak melakukannya kerana keengganan dan ketidak yakinan mereka kepada hukum Allah swt atau disebabkan engkar.


Kita boleh mendapati hal ini dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang meriwayatkan daripada Yahya bin Al-Husain, daripada neneknya, Umm Husain yang berkata :سمعت رَسُولَ اللَّهِ (ص) يقول إن أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجَدَّعٌ فَاسْمَعُوا له وَأَطِيعُوا ما قَادَكُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ



Maksudnya : “Aku pernah dengar Rasulullah bersabda sekiranya kamu diperintah oleh hamba habsyi yang luas lubang hidungnya sekalipun, maka hendaklah kamu dengar dan taat terhadapnya selama dia melaksanakan kitabullah.” (Hadis sahih riwayat Bukhari).


Bekas Ketua Jabatan Aqidah Universiti Ummul Qura Mekah, Dr Abdullah Umar Sulaiman Ad-Domaiji pengarang Kitab Al-Imamah Al-Uzma Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah menyebut dengan jelas bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa syarat mendengar dan mentaati pemerintah adalah terikat kepada ketaatan mereka terhadap Kitab Allah swt. 


Apabila pemerintah tidak berhukum dengan hukum Allah maka tiada ketaatan kepadanya dan menjadi hujah dan alasan yang dibolehkan untuk menjatuhkannya kerana kegagalannya untuk melaksanakan hukum Allah tersebut ini disebabkan menjadi kewajipan Imam untuk berhukum dengan hukum Allah dan hak ke atasnya adalah terpenuhi selama dia memenuhi hak melaksanakan hukum Allah. 


Manakala hukum ke atas dirinya sendiri pula, adalah persoalan lain dan boleh jadi jatuh ke atasnya hukum sebagai fasiq, zalim atau kafir tertakluk kepada perbuatannya. Kemudian pengarang kitab Al-Imamah Al-Uzma menyebutkan bahawa sekiranya pemerintah itu menjadi kafir kerana tidak menghukum dengan hukum Allah maka menjatuhkannya adalah menjadi wajib sekalipun perlu dengan peperangan.


(Lihat : Al-Imamah Al-Uzma ms. 473)Adapun perkara yang seterusnya menjadi khilaf kepada sebahagian ulama di antara yang berpendapat perlu menjatuhkan pemerintah secara mutlak dan ada yang mengatakan tidak menjatuhkannya.

(KD: sebenarnya tak perlu lagi ijmak ulamak dalam hal ini sebab dah jelas terdapat hadis yang menerangkan hal ini)

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa di akhir zaman ini akan wujud banyak penguasa dan pemerintah yang zalim dan memakan harta rakyat secara batil, pemerintah yang tidak mengikut sunnah baginda dan membelakangkan hukum ALLAH, namun Rasulullah s.a.w juga melarang kamu memberontak kepada mereka sebagaimana baginda melarang kamu mentaati mereka dalam melakukan maksiat (dilarang bersekongkol).

Antaranya daripada Wail bin Hujr r.a bahawa beliau berkata: “Aku mendengar seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah perintah tuan jika ada dalam kalangan kami nanti para pemerintah yang meminta hak mereka tetapi menghalang hak kami?” Maka Rasulullah s.a.w menjawab: “Dengar dan Taatlah kerana mereka akan menanggung apa yang mereka tanggung dan demikian juga kamu akan menanggung apa yang kamu dipertanggungjawabkan atasnya”. [al-Tarmizi].

Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a kata beliau: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”.


Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”. [Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban].


Daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”. [Muslim, Abu Daud, & al-Tarmizi].


Nah, jelas  hadis-hadis ini menceritakan perkara yang akan berlaku selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w dan ianya meliputi zaman kita hari ini sebagaimana jelas dalam hadis ini dan Rasulullah s.a.w telah pun memberikan panduan kepada kita supaya jangan memberontak kepada pemerintah-pemerintah yang zalim ini.

Ketahuilah bahawa mentaati perintah Rasulullah s.a.w dan beriktiqad bahawa petunjuk baginda adalah petunjuk yang paling sempurna dan nasihat baginda adalah nasihat yang paling utama serta hukum baginda adalah hukuman yang teradil dan terbaik merupakan tuntutan utama syahadah: Muhammad Rasulullah; sebagaimana ALLAH Ta’ala berfirman:

Mafhumnya: “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [Al-Nisaa: 65].

Ini sudah jelas kepada kita bahawa memberontak kepada pemimpin yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan apa cara sekalipun sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan sebagaimana yang dijelaskan para Ulama, mencacatkan akidah dan Iman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan Mutabaah kita terhadap Sunnah baginda.

Ketahui juga wahai para Hamba ALLAH, Rasulullah s.a.w telah meletakkan taat kepada pemerintah itu sebaris dengan taat kepadanya dan taat kepada baginda adalah Taat kepada ALLAH sebagaimana sabda baginda s.a.w:

“Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH, dan barangsiapa yang menderhakai aku maka dia menderhakai ALLAH, barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepada aku” [Muslim].


Demikian juga para hamba ALLAH sekalian, para Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah meletakkan ciri-ciri bahkan salah satu Prinsip Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah mentaati pemerintah dalam makruf, mencegah kemungkaran mereka dan Tidak Memberontak jika mereka zalim dan fasiq tetapi hendaklah kita mendoakan supaya ALLAH memperbaiki keadaan mereka dan memberikan mereka hidayah.

Kata Imam al-Barbahari r.h [w.329 H] di dalam karangannya yang sangat berharga: (Syarhus Sunnah):

“Barangsiapa yang memberontak kepada pemerintah kaum muslimin maka dia adalah seorang ‘Khawarij’, memecahkan kesatuan kaum muslimin, dan menyalahi atsar serta matinya adalah mati jahiliah”.

Kata beliau juga:

“dan Tidak Halal memerangi Sultan (pemerintah) dan memberontak kepadanya walaupun mereka itu zalim…”

Kata beliau juga:

“Jika kamu melihat seseorang mendoakan kecelakaan untuk pemerintah maka ketahuilah bahawa dia seorang Ahli Bidaah, sedangkan jika engkau melihat seseorang mendoakan kebaikan untuk pemerintah maka ketahuilah dia seorang Ahli Sunnah –insyaAllah-”.




PERSOALAN NYA ADAKAH KERAJAAN MALAYSIA INI ZALIM DAN FASIK?


HURAIAN KD:


Hadis yang dikemukakan macai pakatan haram(pakatan 

tak berdaftar)tu betul sangat.Aku 100% setuju!


Persoalan nya: 


Adakah umno suruh rakyatnya berzina sampai berzina 

dengan jantan pun berlaku?



Adakah umno suruh rakyatnya berzina dengan bini orang?


Adakah umno suruh rakyatnya menjual kalimah Allah kepada orang kafir?


Adakah umno melarang umat Islam Malaysia bersembahyang?


Malah memperbanyakkan masjid dan memodenkan masjid untuk kemudahan umat.


Adakah umno melarang umat islam membayar zakat?


Malah pusat pungutan zakat di tubuhkan di seluruh pelusuk Malaysia.


Adakah umno melarang umat Islam berpuasa?


Malah menyediakan pusat pencerapan melihat anak bulan ramadhan.


Adakah umno melarang rakyatnya mengerjakan haji?


Malah menubuhkan tabung haji untuk kemudahan umat.


Banyak lagi kalau nak sebut di sini yang umno dah buat demi Islam.


Pas satu benda pun tak buat selain berceramah mengutuk orang!



Hanya satu yang umno buat tak betul iaitu 

membiarkan anjing-anjing neraka 


berhimpun MERUSUH di jalanan!!! 



Oleh kerana itulah Allah masih sayangkan umno dan 

beri peluang lagi untuk memerintah Malaysia!!!!

2 comments:

Muslim said...

Benar sekali, tak perlu diperjelaskan lg, dah bnyk penjelasan dibuat oleh ramai ulama' dan ilmuan sebelum ini, nak terima atau tidak sahaja.
Masalah dgn golongan yg konon nakkan Islam, tp menafsir ayat dan hadis sekehendak sendiri, secara satu persatu, sedang ulama' ulama' ASWAJA mengkaji segala ayat ayat dan hadis hadis yg berkaitan dlm menafsir dan memahamkan sesuatu ayat atau hadis tertentu, sgt berhati hati agar tak tersalah dlm menghukum, dgn kaedah kaedahnya tertentu, spt ayat menafsir ayat, hadis menafsir ayat, atsar menafsir ayat dsb. Kedudukan hadis juga diperbahaskan. Begitu juga kaedah nasekh wal mansukh, urutan turun ayat dan urutan serta asbab turun ayat dan asbab hadis, bahkan bnyk lg cabang ilmu perlu diperhalusi sebelum membuat kesimpulan tertentu.
Golongan yg menafsir hadis atau ayat secara satu persatu ni bnyk didapati dikalangan ilmuan yg sekarang terpengaruh dgn cara pemikiran golongan wahabiyah. Kerana itu dikalangan mrk sendiri pun sering bertentangan dan berselisih.
Ulama' ulama' rujukan kita spt imam yg empat, Maturidi dan Al Asshari tidak kita dapati menyertai mana mana firqah tertentu yg menentang pemerintah.
WaAllahu'alam !

Kutukandewata said...

terima kasih saudara muslim atas info bermanfaat yang saudara berikan itu!semoga Allah memberkati saudara sentiasa.andainya ada kesempatan saya mohon saudara memberikan info yang bermanfaat kepada saya agar saya dapat menyebarkan kepada pembaca!terima kasih sekali lagi!