Saturday, 14 September 2013

SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNGLAH!!!!

Bantah Pelantikan MB Perak - 13 Individu Dihukum Dipenjara.



Seramai 13 individu, masing-masing 
dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda 
RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Kangsar 
setelah didapati bersalah menyertai perhimpunan 
haram
 di kawasan Jalan Istana, Bukit Chandan 
di Kuala Kangsar, empat tahun 
lepas.


Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu 
selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan 
keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya 
membuktikan kes prima     facie terhadap mereka setelah 
meneliti serta menimbang kesemua keterangan 
termasuk hujahan kedua-dua pihak.

Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor 
Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz 
Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha 
Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff 
Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad 
Nazeer 
Hameed, 48; Khairul 
Azmi Hassan Basri,48; Mohd 
Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul 
Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan 
haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 
semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah
 jawatan menteri besar Perak.


Hakim Norsalha memerintahkan hukuman 
penjara itu berkuat kuasa semalam selepas 
menolak permohonan peguam Augustine Anthony 
yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili 
kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan 
hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah 
Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika 
gagal membayar denda itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun 
Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman 
penjara tidak melebihi dua tahun atau denda
 atau kedua-duanya.

Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau 
berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah 
demi kepentingan dan ketenteraman awam serta
 institusi diraja selepas turut mengambil kira 
rayuan kedua-dua pihak.

"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada 
semua pihak dan mahkamah mendapati ia 
satu kesalahan serius," katanya.

Terdahulu, Augustine memohon mahkamah 
menggunakan 
budi bicara seperti yang diperuntukkan 
di bawah Seksyen 294, Kanun Prosedur Jenayah dengan 
mengambil kira fakta sebelum menjatuhkan 
hukuman kerana ini merupakan kesalahan 
pertama mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata 
hukuman setimpal perlu dikenakan kerana kes itu 
telah mengambil tempoh hampir lima tahun yang
 melibatkan perbelanjaan serta masa mahkamah.

"Apa yang berlaku semasa kejadian adalah 
keadaan 
huru-hara kerana menentang satu 
proses perundangan, menimbulkan keadaan 
tidak aman dan banyak kerosakan. Seksyen 145 
dilihat lebih serius sebab itu ayat yang digunakan 
dalamnya adalah "...shall be punish...", oleh yang 
demikian tidak timbul Seksyen 294 wajar 
diguna pakai," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri 
kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad 
Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak 
semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran
 negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya umum 
ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk
 Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham 
dan Pesuruhjaya Pas Perak Abu Bakar Hussain 
serta sejumlah penyokong Pas turut hadir di 
perkarangan mahkamah-teganuku.

1 comment:

Anonymous said...

kita pakat gelak ramai2 bersama2 dengan cinabeng.. he3x