Saturday 14 September 2013

KALAU DI PIHAK YANG BENAR TAKUT APA?JANGAN JADI DAYUS DAN PENGECUT!!!


Maklumat Akaun Bank - Tindakan AMK Lapor Polis Sekat JMM Ekori Anwar.


Angkatan Muda Keadilan membuat 
laporan polis terhadap Jaringan Melayu 
Malaysia (JMM) ekoran hasrat mereka 
mahu mengunjungi rumah Datuk Seri 
Anwar bagi mendesak beliau 
membenarkan Bank Negara 
mendedahkan maklumat akaun 
banknya.





















NGO yang diketuai Azwanddin 
Hamzah itu dilapor mahu mengekori 
Anwar di setiap lokasi yang 
dihadiri ketua pembangkang sekiranya 
gagal mendapatkan tandatangannya 
berhubung maklumat akaun bank 
beliau itu.

Maklumat bank itu adalah berhubung 
dakwaan oleh bekas calon BN Permatang 
Pauh, Mazlan Ismail bahawa pengerusi 
DAP Karpal Singh menerima bayaran 
guaman RM50 juta dari Anwar untuk 
merasuah hakim.

Kelmarin,  Pengerusi JMM,  Azwanddin 
Hamzah berkata NGO itu akan 
mengunjungi rumah Datuk Seri Anwar 
untuk mendesak agar ketua umum 
PKR itu membenarkan Bank 
Negara 
mendedahkan maklumat akaun bank 
ketua pembangkang itu.

Azwanddin dalam satu laporan Utusan 
Malaysia berkata NGO berkenaan 
akan mengunjungi rumah Anwar 
esok bagi mendapatkan tandatangan 
Anwar berhubung maklumat akaun 
bank Anwar itu.

Maklumat bank tersebut adalah 
berhubung dakwaan oleh bekas calon 
BN untuk kawasan parlimen Permatang 
Pauh, Mazlan Ismail bahawa pengerusi 
DAP Karpal Singh menerima bayaran 
guaman RM50 juta dari Anwar untuk 
merasuah hakim.

Azwanddin berkata, usaha tersebut 
akan terus dilakukan di setiap lokasi 
yang dihadiri ketua pembangkang itu 
sekiranya gagal mendapatkan 
tandatangan Anwar esok (semalam).

"Kami akan ke mana sahaja yang dihadiri 
Anwar termasuk di Parlimen, ceramah-
ceramah, di rumah malah sehingga 
Amerika Syarikat sekalipun sehingga 
beliau sanggup menandatangani surat itu. 
"Saya bersedia menjadi despatch 
(budak penghantar surat) kepada Anwar 
kerana dangan cara ini sahaja dapat 
memastikan beliau menandatangani 
surat kebenaran itu selepas banyak 
desakan sebelum ini tidak menampakkan 
hasil," katanya seperti dilapor dalam 
akhbar itu.


Anwar pada awal bulan lalu membuat 
laporan polis terhadap dakwaan Mazlan 
bahawa beliau merasuah hakim dan 
timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, pengerusi DAP 
Karpal Singh – yang turut dituduh 
menerima bayaran guaman RM50 juta 
daripada Anwar, seperti didakwa Mazlan.

Laporan Utusan kelmarin menyebut, 
JMM telah menyediakan surat rasmi 
kepada gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar 
Aziz untuk membenarkan maklumat 
akaun itu didedahkan kepada media 
yang kini hanya memerlukan 
tandatangan Anwar.

Dalam laporan polisnya Timbalan 
Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat 
Rasip menyifatkan tindakan NGO 
itu "mengganggu ketenteraman dan satu 
bentuk ugutan keselamatan dan 
keselesaan" kepada Anwar dan 
keluarganya.

 "... serta telah menimbulkan kecurigaan 
orang awam terutama jiran tetangga 
kawasan perumahan DSAI (Datuk Seri 
Anwar Ibrahim) di Bukit Segambut 
terhadap motif sebenar pihak NGO 
berkenaan yang mahu mengikut 
gerak geri DSAI," laporan polis itu 
dipetik. 

Sehubungan itu, Rozan berharap polis 
dapat menyiasat, memantau, menasihati 
atau mengambil tindakan" berdasarkan 
undang-undang bagi menghalang tindakan 
NGO terbabit atau mana-mana pihak yang 
dilihat tidak menghormati hak privasi 
beliau dan keluarganya.

"Ini apatah lagi dalam mengambil kira 
status DSAI sebagi seorang ahli parlimen 
dan ketua pembangkang parlimen 
Malaysia," katanya dalam laporan polis 
itu yang dibuat pada 12.58 tengah malam 
tadi di Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, dalam kenyataan 
medianya semalam Pengarah Komunikasi 
PKR Fahmi Fadzil pula menyifatkan 
tindakan JMM itu sebagai "desperado, 
kacau ganggu dan tidak produktif".

"Tatkala negara hangat 
membincangkan ekonomi meruncing, 
harga minyak dan barangan yang 
meningkat, dan rasuah yang kronik, 
pihak-pihak sebegini sibuk dengan 
sandiwara yang sebenarnya 
bertujuan mempromosikan diri 
sendiri di ambang pemilihan Umno," 
katanya.

No comments: