Wednesday, 11 September 2013

PAS!!! JANGAN HIPOKRIT DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM!!!

By Aminuddin Mohamad

KE MANA MENGHILANGNYA PEJUANG-PEJUANG PAS?


Hari semalam adalah hari penentuan yang  memutuskan sama ada bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah atau tidak. Para peguam pembela sedang berjuang di dalam mahkamah bagi mempertahankan keputusan mahkamah tinggi yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.



Ramai penyokong2 kerajaan seperti Perkasa, UMNO, NGO dan orang perseorangan yang datang memberikan sokongan moral. Ada yang berdoa. Ada yang bertahlil. Tak kurang juga ada yang berzikir. Mereka semua mengharapkan Allah mengkabulkan permintaan mereka supaya keputusan melarang penggunaan Allah oleh bukan Islam yang telah diputuskan oleh mahkamah tinggi.



Tapi yang peliknya ke mana perginya pejuang2 yang kununnya pejuang Islam PAS dan PKR? Kenapa mereka sanggup berduyun2 anak beranak laki bini ke perhimpunan bersih. Yang tepuk mengheret kaki, yang tua bertongkat, yang cacat berkerusi roda sanggup berhujan berpanas semata2 nak memberikan sokongan kepada pemimpin mereka dan juga pemimpin kafir.



Mengapa mereka tak berkumpul di Istana Kehakiman sebagai tanda sokongan kepada peguam2 yang berhempas pulas membela kalimah Allah dari digunakan oleh orang bukan Islam. Kumpulkan penyokong2 PAS dan PKR sebanyak yang mungkin untuk sama memberikan sokongan.



Tak tau la kut mereka juga menyokong bukan Islam beroleh kalimah Allah.




2 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Pejuang PAS tu bukannya pejuang Islamlah Bro... Itu pasal mereka tak ada semalam... Mereka sibuk nak selamatkan negara Syria... Tak tahu pulak nak selamatkan rakyat yang menderita ke atau nak selamatkan pemerintah BAshir yang menganut ajaran SYIAH?... Tapi jangan sesekali kita kacau LGE- Kalifah UMAR mereka tu Bro... mereka sanggup mati kerana LGE... Dunia dah di akhir zaman Bro...

Kutukandewata said...

ajai62,kelas lah bro...tepat sekali apa yang bro cakap tu.bersama-sama kita menentang kebatilan!