Sunday, 15 September 2013

IMBAS KEMBALI SEJARAH 16 SEPTEMBER!!!


OTAK BELACAN - BATU BELAH BATU BERTANGKUP, MAKANLAH AKU TELANLAH AKU, AKU KEMPUNAN NAK JADI PM.



PM Halimunan









Rentetan Peristiwa 16 Sept. 2008 

Anwar Jadi PM : Malam D-Day 

Anwar berkuasa…Anwar dengan 

‘skrip baru’nya!


TEGAR - Kami tak kisah walau pun kami di tipu lagi....

Bagi kurang dari 10,000 penyokong 
pakatan pembangkang yang hadir di 
Stadium Kelana Jaya Isnin malam, malam 
tersebut adalah malam penentuan. Harapan 
mereka tinggi mengunung 
untuk mendengar bukti dan fakta 
‘yang boleh diterima akal’ menjelang 
pengistiharan kerajaan 16 September. 

Namun seperti yang sudah dijangkakan 
mereka semua tetap pulang melopong 
diambang kononnya barisan pembangkang 
akan tawan Putrajaya Selasa 
menerusi tindakan para Ahli Parlimen 
Barisan Nasional melompat parti. 

Apapun Anwar Ibrahim tetap bergaya 
dan tidak menghampakan mereka 
apabila beliau tampil dengan 
'skrip baru' yang dipercayai 
untuk menutup malunya tidak 
dapat mengotakan gembar-
gembur yang sudah didendangkan 
selama enam bulan lamanya. 

Beliau mengakui pelan 16 September untuk 
mengambil alih kerajaan terpaksa diubah. 

Setelah sekian lama mendakwa beliau sudah 
ada 'the numbers' yakni jumlah Ahli Parlimen 
BN yang cukup, jalan cerita terbaru Penasihat 
PKR itu ialah beliau akan berjumpa Perdana 
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 
bagi meminta perubahan kuasa kepadanya 
dilakukan secara aman dan teratur. 

Ini bermaksud kini kerajaan Barisan 
Nasional yang ada 140 kerusi di Parlimen 
berbanding 82 kerusi pembangkang 
terpaksa tunduk kepada kehendaknya. 
Jalan cerita itu tetap disertai dengan 
dakwaannya kononnya angka Ahli 
Parlimen BN yang diperlukan sudah 
cukup. 

Bagaimanapun, dalam ucapannya hampir 
sejam di majlis Sambutan Hari Malaysia ke 45, 
itu, Anwar tidak menyebut langsung berapa 
jumlah ahli parlimen Barisan Nasional yang 
sudah set nak lompat dan siapa mereka. 

Kata barisan pembangkang sudah menghantar 
surat kepada Perdana Menteri yang ditanda
tangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang 
serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. 

“Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP 
sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah 
surat minta pertemuan segera. Kita minta 
perundingan ini, kerana kita mahu 
perubahan ini dibuat dengan 
aman dan 
teratur. 

“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani 
menulis dan menandatangani surat bincang 
masa depan negara? Ini kerana kita sudah ada 
jumlah yang cukup dan sedia,” katanya. 



Anwar turut menjadikan pemergian para 
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke 
Taiwan dan penahanan Ahli Parlimen 
DAP Seputeh yang juga Exco kerajaan 
Selangor, Teresa Kok di bawah 
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 
sebagai alasan pelan 16 September tidak 
jadi kenyataan. 

“Kenapa 16 (Sept) tak jadi, macam mana 
nak jadi, sebab mereka bawa pelari ke 
Taiwan, seorang masuk tahanan ISA, kita 
ada 82 (ahli parlimen) dah kurang 
satu..Teresa Kok hilang. Tapi saya 
nak jelaskan, kita ada cukup jumlah 
nak kalahkan BN,” katanya. 

Menurut Anwar, kenapa pembangkang 
tidak ubah kerajaan esok (16 Sept) adalah 
kerana tidak mahu memaksa mengheret 
mereka yakni kerajaan BN di 
Putrajaya turun. 

“Sebab itu kita memilih untuk berunding 
dengan Datuk Dollah (Abdullah). Ini jumlahnya, 
ini kekuatan kita...bagaimana? ...nak seminggu 
(serah kerajaan)...nak dua minggu,” katanya. 

Anwar turut menabur janji akan 
menurunkan 30 sen harga minyak pada 
hari sama pembangkang mengambil alih 
kerajaan, membebaskan semua tahanan 
ISA manakala 20 peratus royalti minyak 
akan diserahkan kepada Sabah dan Sarawak. 

Pembangkang juga katanya ada memberi 
cuti umum pada 16 September sempena 
sambutan Kebangsaan selain cuti umum 
31 
Ogos bagi 
sambutan Kemerdekaan. 

Apa yang jelas, majlis malam tadi tidak 
lain dan tidak bukan digunakan Anwar 
bagi menjelaskan kenapa pelan 16 
September 
atau 916 yang disebut 
Kit Siang tidak jadi kenyataan. 




Walaupun mendapat tepukan gemuruh 
orang ramai di stadium yang boleh 
memuatkan 30,000 orang itu, yang 
jelas 60 peratus daripada kurang 
10,000 yang hadir adalah masyarakat 
Cina. Ini mengingatkan pada apa yang 
pernah dikatakan Naib Presiden PAS, 
Mat Sabu sebelum ini, bahawa Anwar 
sebenarnya hanya berjaya menarik 
pengundi Cina dan India sahaja. 

Satu ketika dalam ucapannya, Anwar 
menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, 
Lim Guan Eng lebih taqwa berbanding 
orang UMNO. Maka tidak hairanlah 
apabila mereka yang jawab pertanyaan 
apa khabar oleh Anwar lebih ramai 
berbanding yang menjawab salamnya. 

Majlis malam tadi walaupun atas nama 
Sambutan Hari Malaysia, tetapi tumpuan 
ucapan beberapa pemimpin pembangkang 
termasuk Anwar sendiri banyak berlegar 
soal mansuhkan ISA. 

Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng 
umpamanya menyentuh mengenai 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 
Datuk Zaid Ibrahim yang letak jawatan 
kerana tidak sokong kerajaan 
melaksanakan ISA. Sambil menyebut 
peribahasa masyarakat Tionghua 
mengenai ‘tukar langit’ , Kit Siang berkata, 
sudah tiba masa rakyat menukar 
kerajaan melalui pelan 916 bagi 
menghapuskan ISA. 

Turut berucap di majlis itu Setiausaha 
Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar 
serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri 
Abdul Khalid Ibrahim selaku tuan 
rumah sambutan. Pihak penganjur 
telah menyediakan 1 juta bendera
 jalur gemilang dan 1 juta gelang tangan 
getah untuk diedarkan 
kepada mereka yang hadir. 

Ikut ceritanya Anwar akan bagi sidang 
akhbar 
khas di ibupejabat PKR dekat 
Petaling Jaya pagi Selasa. Apa pula 
skripnya pada hari yang sepatutnya 
jadi D-Day iaitu 16 September ? - 15/9/2008 

No comments: