Tuesday, 3 September 2013

AHLI PARLIMEN JERANTUT: ADA BATU KE TAK ADA BATU?






NAMPAKNYA PEREBUTAN JAWATAN DALAM UMNO BAHAGIAN JERANTUT MENJADI SEMAKIN RANCAK! DI SELURUH PELUSUK DAERAH JERANTUT AHLI UMNO ASYIK BERTEORI MENCATURKAN POLITIK JERANTUT.

PELBAGAI ANDAIAN DAN PERKIRAAN KELUAR DARI MULUT MASING-MASING.PRO DAN KONTRA SUDAH PASTI KERANA MASING-MASING ADA PEMIMPIN PUJAAN.

PARLIMEN KEDAI KOPI DI JERANTUT MENJADI AKTIF KEMBALI. AHLI-AHLINYA BERTEGANG URAT MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN PUJAAN MASING-MASING.KADANG-KADANG YANG BUKAN PERWAKILAN YANG LEBIH DOMINAN MEMBERIKAN PANDANGAN MALAH MEMAKSA ORANG MENERIMA PANDANGANNYA.KALAU TAK BERSETUJU DENGAN PANDANGANNYA AKAN DICOP SEBAGAI ORANG YANG TAK TAHU BERPOLITIK!

KADANG-KADANG ADA YANG BERTEORI DENGAN PELBAGAI TEORI.NAMUN AKHIRNYA TETAP MENONJOLKAN PILIHAN HATINYA.ITULAH PARLIMEN KEDAI KOPI DI JERANTUT!

BERBALIK KEPADA SOAL PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT.
SEBAGAIMANA YANG DIKETAHUI UMUM YANG MULIA TENGKU AZLAN BERHASRAT MEMPERTAHANKAN JAWATANNYA UNTUK SEPENGGAL LAGI.

DARIPADA DESAS DESUS YANG DIDENGAR,AHLI PARLIMEN JERANTUT YB HAJI NAZLAN IDRIS JUGA MAHU MENAWARKAN DIRINYA BERTANDING TIKET KETUA BAHAGIAN.INI BERMAKNA YB PARLIMEN TERPAKSA MELALUI PROSES PEMILIHAN DALAM PARTI BERLAWAN DENGAN YM TENGKU AZLAN.MAKA SUBURLAH PROSES DEMOKRASI DALAM PARTI.

NAMUN DESAS DESUS TERKINI HEBOH MEWAR-WARKAN BAHAWA YB PARLIMEN TELAH MENARIK DIRI DAN MERELAKAN KU LAN MENJADI KETUA BAHAGIAN.APA SUDAH JADI?

SEBAGAI AHLI PARLIMEN YANG BERWIBAWA BELIAU PERLU BERANI MENANGGUNG AMANAH SEBAGAI KETUA BAHAGIAN.AHLI PARLIMEN BERADA PADA LANDASAN YANG BETUL DAN TEPAT UNTUK MENGGALAS TANGGUNG JAWAB SEBAGAI KETUA BAHAGIAN DAN SETERUSNYA MENJANA DAN MEMPERKASAKAN PARTI UMNO DIMATA RAKYAT!

DENGAN KEPERIBADIAN YANG TERPUJI YANG BERHASIL MERAIH KEMENANGAN BESAR DALAM PRU 13 YANG LALU ADALAH WAJAR DAN WAJIB BAGINYA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAKHODA KAPAL DALAM MELAYARKAN BAHTERA UMNO.

BELIAU TIDAK PERLU TAKUT KERANA RAMAI YANG AKAN MENYOKONG DIBELAKANG
NYA.RAMAI YANG AKAN BERSAMANYA DALAM PERANG SABIL MENUNTUT HAKNYA SEBAGAI PEMIMPIN UMMAH UMNO!!!

JANGAN SESEKALI TAKUT DAN BACUL DALAM MEMPERTAHANKAN HAK.PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN DAN MISI SERTA VISI PERLU DILAKSANAKAN!

INGAT WAHAI AHLI PARLIMEN JERANTUT!JANGAN SAMPAI ROH WAN ALI BIN WAN IBRAHIM,PEJUANG MELAYU JERANTUT YANG MENGORBANKAN NYAWANYA MENENTANG PENJAJAH INGGERIS BERASA MALU NAK MENGAKU ANDA SEBAGAI CUCU CICITNYA!!!!!INGAT BARANG DIINGAT!!!!!!!

4 comments:

Anonymous said...

kutukan dewata gila

Anonymous said...

Bagus WZWH mendapat berita terkini walaupun YB tiada di Malaysia. Guna alam lain brangkali

Wan Abdul Rahim said...

Tak ada kaitan pun arwah Wan Ali ngan Mat Lan sebab Mat Lan berketurunan Wan pun ...... Kalau hidup banyak melakukan kebaikkan dan beramal tentunya kehidupan di alam barzah akan lebih tenang.

Wan Abdul Rahim said...

Tak ada kaitan pun arwah Wan Ali ngan Mat Lan sebab Mat Lan bukan berketurunan Wan pun ...... Kalau hidup banyak melakukan kebaikkan dan beramal tentunya kehidupan di alam barzah akan lebih tenang.