Wednesday, 25 September 2013

MELAYU TAASUB SEMAKIN SESAT YANG NYATA!!!


PEMIMPIN PAS KANTOI MELAWAT MAYAT CHIN PENG.










Pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.


Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri. Menurutnya, beliau mengenali ahli keluarga Chin Peng kira-kira lima tahun lalu dan berasa ada keperluan untuk memberi penghormatan terakhir di sana.



“Saya tidak akan hadir majlis pembakaran mayat pada Isnin kerana perlu pulang ke Kedah,” katanya yang telah lama mahu menemui Chin Peng secara peribadi tetapi tidak kesempatan.



Katanya, meskipun kerajaan Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mendiang, beliau tetap menggelar pemimpin komunis itu sebagai pejuang.



“Sejarah Malaysia telah diubah. Saya merujuk kepada kisah sebenar.



“Dalam PAS sendiri, tidak ramai yang benar-benar faham tentang sejarah negara dan bagaimana fakta telah diubah.



“Meskipun kehadiran saya pada hari ini tiada apa yang memeranjatkan, tetapi saya yakin dalam lima atau 10 tahun lagi akan dikira sebagai detik bersejarah kerana memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng,” katanya tertawa kecil.



Beliau berkata sejak kematian Chin Peng pada Isnin lalu, ramai yang membuka kisah lama 88 tahun lalu di Internet.



Katanya, pendedahan sedemikian satu peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah.



Ketika ditanya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat lain akan berbuat sepertinya, Fadzil mengangkat bahu berkata kehadirannya bukanlah satu masalah dan beliau tidak mengambil kira pandangan orang lain.



Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.



Fadzil bertanding semasa pilihan raya umum lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Suraya Yaacob-mpponline.



APA KATA ORANG RAMAI?

-ala saja nak pergi thailand tu, faham-faham je le alasan tu baik ziarah orang mati.


-Sesat lagi menyesatkan...Sah Allah dah tarik hidayah dari mereka ni. Dihadapan Allah nanti bayangkan puak ni beratur dibelakang ChinPeng seorang yang telah membunuh ramai melayu islam. Pintu mana akan mereka tuju....sesat, sesat. Taubat la oi..


-Sejarah kita bukannya panjang sangat pun ... saya orang Baling yang amat-amat mengetahui kekejaman Komunis kerana semasa saya kecil Komunis berkeliaran dikampung untuk menrekrut kader-kader baru. Ramai orang kampung dari penoreh getah sehingga pesawah padi menjadi mangsa pengganas komunis. Saya takkan faham dari sudut mana Chin Peng dikatakan pejuang rakyat kerana jelas rakyat menjadi susah semasa Komunis tengah kuat dulu.. Semangat inilah yang diambil oleh DAP bagi asas perjuangan mereka. Orang cina tidak akan sesekali ikhlas berkawan dengan melayu.


-Jgn cenderung kpd yg zalim nanti tersentuh Neraka.


-kenapa le ada org yg dianggap ulama dlm pas sggup jd anjing yg setia ngn puak2 komunis tuh..
Orang gila tak akan mengaku dia gila, ini lah yang terjadi kepada si mamat itu yang katanya memperjuangkan Islam. Dalam tak sedar diri nya telah menyakiti orang2 Melayu, sebab nak masuk siam buat projek katakan nak pi melawat. Inikah yg diperjuangkan oleh ahli PAS. Ini lah orang yg membuatkan mereka naik tocang.


-bangang sebangang bangang nya ...tak ada bangang lebih daripada bangang ni .. dah dah la tu penyokong pas .. tak kan macam ni pon tak boleh pikir ... baik jadi kambing la kalau gini pon tak boleh pikir

-Chin peng pejuang negara? Silahanat ni sanjung sangat? Maka samalah mcm syiah yang sanjung abu luluah.... Kan sama tu? 

-Maka tak hairanlah kalau ada yang mengesyaki silahanat ni sebagai syiah... Macam mat sabu menyanjung mat indera sebagai pejuang.....



-Ada yang kata Chin peng pejuang..seorang komunis yang berpendirian.."Agama itu candu rakyat.." terang-terang menolak agama.. menolak fahaman agama... Er masihkah dia pejuang di hati sanubari 'pejuang penegak agama Islam?? aku betul2 konfius dengan mereka ni....

-hati telah dibutakan... mata telah digelapkan.... bernama pejuang agama islam tetapi mencari orang yang telah membunuh agama islam untuk memusnahkan orang yang menganut agama islam... fikir fikirkan....

No comments: