Saturday, 28 September 2013

Mitos kecantikan: Fakta atau auta?




Sesetengah mitos kecantikan hanyalah mitos sahaja dan anda pasti 
terkejut betapa banyaknya mitos kecantikan yang biasa kita dengar 
atau lakukan telah dibetulkan oleh pakar-pakar. Untuk memastikan 
anda tampil cantik dengan mitos yang betul , beberapa mitos 
kecantikan telah diuji dan anda akan agak terkejut dengan 
keputusannya di bawah. 


Ubat gigi boleh menghilang jerawat


Fakta! Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat bergantung kepada 
bahan-bahannya yang mana boleh mengeringkan kulit. Gunakan 
ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu keringkannya 
sekaligus mempercepatkan proses pemulihan.. Walaubagaimanapun, 
perlu diingat bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit anda lalu 
menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas. 
Jadi pastikan anda menggunakannya di kawasan 
yang kecil sahaja.


Timun membantu menghilangkan mata lebam


Fakta! Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata lebam, 
kerana apa-apa yang sejuk sangat baik untuknya. Oleh kerana timun 
adalah benda yang sejuk, ia akan membantu mengurangkan lebam 
di bawah mata dan pada masa yang sama, akan menyegarkannya.


'Wax' atau bercukur membuatkan bulu badan 
tumbuh lebih tebal


Auta! 'Wax' atau bercukur membuang bulu badan tetapi tidak akan 
membuatnya tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu 
badan dicukur atau dicabut, ia akan menjadi lebih kasar. Jadi ia 
kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.


Berkongsi alatan solek adalah tidak sihat


Fakta! Ia telah terbukti bahawa alatan solek yang dikongsi sebenar
nya akan menyebabkan pengguna berkongsi bakteria, yang mana 
boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, cuba elakkan 
daripada meminjam sebarang alatan solek seperti gincu atau celak 
mata jika anda mahu selamat. Selain itu, jangan gunakan alatan 
solek yang dijadikan penguji sebaliknya hanya gunakan alatan 
solek milik anda sendiri jika anda tidak mahu untuk bertukar-tukar 
kuman dengan orang lain!


Tidak elok memicit jerawat


Fakta! Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat 
begitu sahaja jika anda tidak mahu ia dijangkiti bakteria, merebak 
ke permukaan lain atau menjadi lebih teruk lagi. Memicit jerawat 
hanya akan menyebabkan jangkitan merebak ke permukaan lain, 
lalu membanyakkan lagi jerawat di kulit. Bersihkan kulit anda 
dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.

Lebih banyak mencuci muka adalah lebih 
baik

Auta! Kerap kali mencuci muka anda hanya akan menyebabkan 
kekeringan dalam jangka masa panjang. Pencucian yang betul 
dua kali sehari, pada siang dan malam adalah cukup untuk menjaga 
kulit anda dengan baik, tanpa membuang penghalang natural 
yang melindungi kulit daripada faktor-faktor alam sekitar.


Hanya orang yang berlebihan berat badan 
mempunyai selulit

Auta! Anda tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk 
mendapatkan selulit. Jadi semua orang mudah mendapat selulit 
tanpa mengira berat badan mereka. Selulit dipengaruhi oleh jantina , 
gen serta gaya hidup, jadi hakikat bahawa anda sedang bekerja 
di luar mungkin tidak akan membuatkan anda selamat daripada
 selulit.

Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan 
rambut 

Fakta! Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan 
kulit dan rambut . Mereka membantu mencerahkan, bukan menghitamkan, 
jadi gunakan jus lemon berhati-hati jika anda ingin untuk mencerahkan 
kulit atau rambut anda secara semulajadi. Namun begitu, jangan lupa 
bahawa jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama 
boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit.

No comments: