Monday, 30 September 2013

SEKIRANYA KAU TAHU,KAU TENTU MEMAHAMINYA!!!

KALAULAH PEREMPUAN TAHU....

Hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup 
anda kerana dia didatangkan bukan dengan 
kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan 
untuk menyokong kau orang dan membuatkan 
hidup kau orang lebih sempurna.. 
Andainya Perempuan tahu.....


 


- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang 
begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, 
wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup 
dengan budi bahasa dan kesopanan yang 
tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita 
yang mempunyai banyak persamaan dengannya 
samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh 
itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi 
bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak 
mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan 
oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya 
untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan 
yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka 
suka melihat wanita, menjeling wanita dan 
menonton Baywatch! Atau mencuci mata 
di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan 
dengan situasi ingin mengajak wanita keluar 
kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau 
berlagak macho hanya kerana ingin memikat 
hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..
itu seringkali bermaksud dia berkata tidak 
atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point 
dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin 
bersikap jujur dan berterus-terang dan 
mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, 
datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya 
apabila perempuan asyik menyebut nama 
lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal 
perempuan dari library atau buku semata2. 
Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap 
perempuan..dan tak faham kenapa perempuan 
bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih 
mendalam tentang bagaimana berhadapan 
dengan perempuan supaya hubungan dapat 
berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo 
dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap 
hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…
yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita 
itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan 
lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian 
wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, 
lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak 
menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang 
lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana 
tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang 
usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak 
berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki 
cukup lemah dgn air mata perempuan. 

Mereka lebih tewas sekiranya air mata 
itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. 
Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau 
bagaimanapun rupanya atau pandangan 
luarannya. 

Jadi, perempuan janganlah 
mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! 
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

No comments: