Thursday, 19 September 2013

KITA SERUPAAAA....KITA SERUPAAAA!!!!!!


SATU PERSAMAAN CHIN PENG & ANWAR IBRAHIM















-BAPAK KOMUNIS CHIN PENG ADA 
HATI NAK JADI MENTERI TAPI MATI 
KEEMPUNAN & BAPAK REFORMASI 
ANWAR IBRAHIM ADA HATI 
NAK JADI PERDANA MENTERI TAPI 
"TERGOLEK DOG" TERSUNGKUR BUAT 
KALI KEDUA CUBAANNYA! KEKEKE!!!-




Menyemak kembali butiran perundingan
penamatan permusuhan antara Parti Komunis 
Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia pada 
tahun 1988, buku "Wira Tak Didendang" 
tulisan Zainudin Maidin (ZAM) mendedahkan 
bahawa tuntutan utama PKM ialah 
pembentukan Kerajaan Campuran.


Hal ini membayangkan yang Chin Peng 
berhasrat menjadi Menteri.


Selain dari itu, tuntutan besar mereka 
ialah penyerapan anggota PKM kedalam 
pasukan bersenjata dan polis, disamping 
diberikan tanah 10 ekar seorang serta PKM 
dihalalkan sebagai parti politik di Malaysia.


Namun akhirnya Chin Peng sedar bahawa 
PKM tidak sekuat mana dan menerima 
syarat penamatan permusuhan dengan 
perjanjian yang simple dan ditandatangani 
oleh KSU Kementerian Dalam Negeri, 
Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis 
Negara.







Artikel 3 di atas adalah sebagai bukti yang 
anggota PKM diberi peluang untuk menetap 
di Malaysia, tetapi mengapa Chin Peng tidak 
memilih untuk berbuat demikian?


Chin Peng pasti mempunyai sebab tertentu 
dengan keputusan tidak kembali di Malaysia 
dan penolakan majoriti rakyat Malaysia 
mungkin menjadi sebab utama.


Dengan pilihan itu, bermakna beliau sendiri 
tidak berminat menjadi sebahagian 
warganegara Malaysia yang majoritinya 
menolak fahaman komunis.


Jika Chin Peng membuat keputusan untuk 

kembali ke Malaysia pada 1989, apakah Mat 
Sabu yang berkira hendak menjadi 
calon PAS di Nilam Puri, Kelantan akan 
menyambut dengan tangan terbuka?


Jadi soal membawa kembali abu mayat Chin 
Peng tidak perlu diusahakan, kerana Chin Peng 
telah membuat pilihannya.

No comments: