NONE







Nik Aziz sebenarnya telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar apabila mengeluarkan kenyataan bahawa hanya ulama yang layak menjadi Timbalan Presiden Pas. 



Kenyataan itu bukan sahaja boleh menyinggung perasaan Sdra Mohamad Sabu yang terlalu banyak berkorban untuk Pas, tetapi dalam masa yang sama memperlihatkan bahawa Pas lebih buruk daripada Iran. Iran sangat menghormati golongan profesional sebagai pemimpin negara itu, tanpa mengenepikan ulama.



Golongan profesional baru mahu mendekati Pas bagi mengongsikan ilmu profesional mereka untuk menonjolkan Pas sebagai sebuah wadah yang benar-benar mahu memperjuangkan agama Allah sebagai sebuah negara.



Kalau tidak silap saya, Sdra Hanifa Maydin ketika mengulas bukan ulama dalam barisan tertinggi Pas pada muktamar yang lalu, antara lain menyebut:"Memilih golongan profesional menerajui Pas bukan bermakna menolak kepimpinan ulama. Pas sudah ada Dewan Ulama dan Majlis Syura. Apakah ia tidak cukup untuk menunjukkan bahawa parti itu dipimpin oleh ulama dan mengutamakan ulama?




Seorang bekas pensyarah kanan sebuah universiti tempatan telah mengorbankan jawatan pensyarahnya, gaji lumayannya, kedudukannya menyertai Pas dengan harapan untuk membantu Pas, namun selepas menganggotai AJK Pusat Pas dan antara pemimpin tertinggi sebuah negeri, apabila saya tanya:



"Kenapa tidak aktif sekarang Dr.? "Problem sheikh, we are not ulama. We join the party as we believe by actively participating in the party, we will be able to contribute something to the party. We, as ulama, we love Islam and we want to see that Islam is proven. But when we join in, then only we know that, everything needs ulama."



Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya. Apa yang pasti kenyataan Nik Aziz akan memudarkan rasa hormat orang profesional terhadap beliau. Dr. Mahathir pernah melahirkan kebimbangannya apabila makin ramai golongan profesional Islam menyertai Pas dan meninggalkan UMNO. Kini, kenyataan Nik Aziz akan melukai orang-orang profesional dalam Pas.



Saya tidak mahu dan berani mengatakan bahawa ulama itu pemimpin terbaik. Kehilangan Kedah, kegagalan Pas menawan Terengganu, peningkatan kerusi pembangkang di Kelantan, Perlis kekal di takuk lama, antara ciri-ciri yang menunjukk bahawa kepimpinan ulama dalam Pas perlu penilaian semula, jika Parti Islam ini mahu terus memacu kejayaan.



Memerintah sesebuah negara berbilang kaum di Malaysia ini perlukan strategi yang sophistikated dan tuntas. Islam bukannya pintar berkhutbah, pandai baca talkin dan tahlil, tetapi Islam perlukan perancangan ekonomi yang tuntas, pemikiran bagaimana mahu membasmi kemiskinan petani dan nelayan, mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan Melayu yang semakin menakutkan, memperluaskan peluang pekerjaan, memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk kemudahan penduduk.



Apabila Pas bercakap soal negara berkebajikan, kita bernasib baik adanya Dr. Zulkifli Ahmad, Rafizi dari Parti Keadilan dan Azmin Ali yang tegas dengan hak rakyat. Kita ada Saifuddin Nasution, Muhammad Sabu dan Hussam. Kita tidak ada ulama yang pintar berhujah tentang ekonomi. Jika pun kita ada ulama, mereka hanyalah sekadar berbicara soal penggunaan nama Allah dan Syiah.



Semua bicara ulama itu bukan akan mendekatkan lagi bukan Islam kepada agama Allah ini, bahkan semakin mengelirukan. Seorang penganut Budha bertanya saya: Which Islam is accepted by Allah? 


You are so different than us, Buddha. There is no Buddha kafir or Buddha Islam in our religion. Why must Islam like that, so confusing. How could you expect me to choose Islam, if you, among yourselves are confused?



Saya sangat berharap Nik Aziz dan Harun Taib akan lebih terbuka dalam persoalan kepimpinan Islam. Jangan sampai hanya ustaz sahaja layak berada dalam Pas, sementara golongan profesional akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Ingatlah sebagai sebuah parti Islam, kenapa Pas sebagai sebuah parti pimpinan ulama yang cukup berpengalaman hanya mampu menang 21 Parlimen, Parti Keadilan baru setahun jagung menang 28 parlimen dan DAP 40 Parlimen.



Kasihanilah Srdr Muhamad Sabu, seorang pejuang Islam yang gigih yang mengalami pelbagai ujian getir kerana memilih Pas.