Saturday, 21 September 2013

“Sebatlah Aku Kalau Nak…!!!




tudung


SUDAN – Mahkamah Sudan menangguh

kan hukuman ke atas seorang wanita, 

Amira Osman Hamed selepas dia ingkar dengan undang-undang di negara berkenaan yang mewajibkan wanita 

Islam memakai tudung.



Kes berkenaan ditangguhkan pada 
4 Oktober ini.

Sabit kesalahan, dia yang didakwa di 
bawah artikel 152, berdepan 
hukuman sebatan.
Peguam belanya, Moezz Hadhra, 
sebelum ini merayu pendakwaan 
ke atas wanita itu digugurkan.

Amira, seorang jurutera komputer 
yang telah bercerai dan mempunyai 
syarikat sendiri menyifatkan 
undang-undang berkenaan 
mensasarkan maruah penduduk
 Sudan.

“Undang-undang ini telah menukar 
wanita Sudan daripada menjadi 
mangsa kepada penjenayah,’’ katanya.

Dia rela disebat demi 
mempertahankan haknya 
untuk tidak memakai tudung.

Amira ditahan polis selepas melawat 
sebuah pejabat kerajaan di Jebel 
Aulia di Khartoum tanpa bertudung 
pada 27 Ogos lalu.

2 comments:

Muslim said...

Kesian dia atas kejahilannya, tp tak pulak saya yg terbatas ilmunya ni temukan Hadis yg menyatakan Rasullullah saw menangkap dan menyebat wanita yg tidak bertudung. Org sebegini seharusnya dinasihati dan diberi penjelasan dan pengajaran agama secara berterusan.

Kutukandewata said...

undang2 ciptaan manusia pelampau!