Thursday 19 September 2013

SIAPA BETUL SIAPA BOHONG???BETUL KE BOHONG???


SUHAIMI DAH NAFI , SPRM TOLONG JAWAB INI KERETA MEWAH SIAPA PUNYA ??



Jika bukan kereta Datuk Suhaimi ,  kereta siapa yang SPRM  pi rampas ??  Wartawan bukan boleh suka-suka melaporkan   kereta ini milik orang itu ini .


Apakah ini game politik SPRM untuk mengenakan pemimpin UMNO menjelang pemilihan ??  Adakah Suhaimi hanya menjadi kambing hitam ??





 Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Datuk Suhaimi Ibrahim menafikan laporan akhbar pada Rabu bahawa sejumlah kereta mewah yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah milik beliau.

Suhaimi merupakan setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewaktu Shahrizat menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

"Tidak satu pun kereta saya ditahan oleh SPRM," katanya di sini pada Rabu.

Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.

SPRM baru-baru ini mengesahkan suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut dan telah memanggil seorang bekas setiausaha politik untuk membantu siasatan. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Suhaimi juga mendakwa bukan beliau seorang sahaja yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan berkaitan satu projek kerajaan, tetapi juga beberapa individu lain.

Agakya ... SPRM dan/atau BERNAMA mempunyai agenda tersendiri utk mengaitkan 10 kereta tu dgn Suhaimi !!!

SPRM dan BERNAMA kena jawap ASAP.

Anonymous said...

yg pastinya ada khabar bahawa beliau adalah antara yang menaja NK Wanita untuk menentang KW......jual cucu dapat berapa je, kan?