Sunday 8 September 2013

PERGINYA SEORANG SENIWATI TERKENAL!!!


Pelakon terkenal Maimun Mutalib meninggal dunia.




KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang semalam di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.



Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah!!!

No comments: