Friday, 13 September 2013

KRISTIANISASI! TSUNAMI TRINITY!!!


Lagi Cubaan Mengkristiankan Melayu?





































Segalanya telah dirancang dengan rapi oleh mereka yang benci dengan kuasa yang pada pada ummat islam di negara ini. Pelbagai cara mereka buat untuk menjatuhkan Islam di Malaysia ini demi mahu melihat Islam terus berkubur di muka bumi ini.


Dengan secara halus mahu secara terang-terangan mereka tetap berusaha untuk menjatuhkan dan menghina Agama Islam. Tetapi ada juga dikalangan pemimpin politik yang menolong hasrat mereka-mereka ini... 


Butakah pemimpin politik ini dengan mainan musuh-musuh Islam dalam negara ini???


Bolehkah anda berdiri berpeluk tubuh melihat betapa biadap & agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .


Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH”


Al-Baqarah: 120



Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini oleh pages ANALISIS POLITIK TERKINI yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .

No comments: