Saturday 21 September 2013

China Press; Melayu Berhutang Kepada Chin Peng!

China Press; Melayu Berhutang Kepada Chin Peng!


AKHBAR China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.

Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.

“Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng,” katanya.

Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.

“Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang,” katanya.

Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.

“Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya,” jelasnya.

No comments: