Monday 16 September 2013

Dari Pengemis Jalanan Menjadi Artis Popular...



SIAPA sangka dahulunya seorang 
Pengemis Jalanan kini sudah menjadi artis 
yang popular oleh kerana bakat yang ada 

pada dirinya. Dulunya tiada siapa 
yang memandang insan kerdil 
bernama Tegar yang dulunya 
berhempas pulas mengemis di 
Indonesia untuk mencari wang 
bagi menyara dirinya. 

Masih diingat bait-bait lagu yang dinyanyikan 
oleh Tegar yang bunyinya lebih kurang 
begini "dulu aku ditendang, sekarang 
aku disayang" benar-benar 
mengisahkan kehidupan beliau di 
masa yang lalu yang penuh dengan 
keperitan dan juga penderitaan untuk 
mencari sesuap nasi. 

Namun siapa sangka, pengemis jalanan 
ini mulai dikenali ramai apabila rakaman aksi 
beliau menyanyikan lagu sambil bermain 
gitar di muat naik dan ditayangkan di 
laman sesawang Youtube. Semakin hari 
semakin ramai yang menonton video 
beliau beraksi. 

Berkat kesabaran Tegar, kini beliau sudah 
menjadi popular malah sudah menjadi ikon 
bukan sahaja di kalangan kanak-kanak di 
indonesia tetapi juga orang dewasa di 
Indonesia malah pengaruh beliau 
sudah mula tersebar dan memasuki dunia 
kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Ini adalah semua kerana hasil usaha gigih 
beliau selama ini yang tak pernah berputus 
asa berusaha dan terus berusaha 
sehinggalah bergelar artis popular. Malah, 
beliau sendiri sudah acap kali berduet 
dengan nama-nama besar dunia muzik 
Indonesia.


Video Yang Telah Membuat Tegar Popular


Video Selepas Popular


Tak Ku Sangka Tak Ku Duga Dulu Pengemis Sekarang Artis Popular.....

No comments: