Sunday, 29 September 2013

Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang!!!



Kisah Lelaki Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang.



Kisah Lelaki Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang | Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah SAW. ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat?
Jawab pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu menjadikan genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian ia pergi mencari seorang alim pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama. 

Maka dijawab oleh orang alim itu bahawa dia masih berpeluang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Pergilah ke sebuah dusun di mana di situ terdapat orang-orang yang taat kepada Allah. Lakukanlah sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke negeri ini lagi. Lalu pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan ajalnya tiba lebih dahulu.

Maka bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah Malaikat rahmat: Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh hatinya. Berkata pula Malaikat seksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Kemudian datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai hakim di antara mereka. 

Dia berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang dituju, ke mana dia paling hampir masukkanlah ia kepada golongan itu. Setelah diukur, didapati jaraknya lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira sejengkal. Lalu dipegang rohnya oleh Malaikat rahmat.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih dari tujuh puluh kali.

'Berbicara tentang maghfirah Allah, begitu banyak dalil Al-Qur’an mahupun Al-Hadits yang menceritakan tentang hal tersebut. Ini menunjukkan bahawa Allah tidak pernah sesekali jemu memberikan keampunan kepada hamba-hamba-Nya.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Umar ibn Al-Khaththab R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya.” [HR At-Tirmidzi, dan dia berkata: hadits hasan].

....Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barang siapa bertaubat sebelum terbitnya matahari daripada tempat terbenamnya (yakni dari arah barat), Allah menerima taubatnya.” [HR Muslim].
Daripada Abu Dzar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berkata. ‘Barang siapa datang dengan membawa satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali gandanya atau lebih. Barang siapa datang dengan membawa kejelekan, maka baginya kejelekan sepertinya atau Aku ampunkan. Dan barang siapa mendekatiKu sejengkal, Aku dekatinya sehasta. Dan, barang siapa mendekatiKu sehasta, Aku dekatinya sedepa. Barang siapa mendatangi dengan berjalan, Aku datanginya dengan berlari. Barang siapa menemuiKu dengan kesalahan sebesar bumi, sedangkan dia tidak menyekutukanKu dengan apa pun, Aku menemuinya dengan ampunan yang sepertinya (seperti ukuran dosa hamba tersebut)’.” [HR Muslim].
Hadits pertama dan kedua menunjukkan bahawa pintu rahmat itu sentiasa terbuka buat kita, selagi nyawa masih dikandung badan. Hadits ketiga pula menunjukkan betapa besarnya rahmat dan maghfirah Allah untuk kita semua.
Selain hadits ketiga ini, Imam Muslim bin Al-Hajjaj juga telah mencantumkan satu hadits yang berbicara tentang hal yang sama dalam kitab shahihnya (yakni kitab Shahih Muslim). 

,Hadits itu, yang pada awalnya membicarakan tentang peristiwa mi’raj Rasulullah, terkandung satu janji daripada Allah S.W.T, bahawa setiap amalan kebaikan yang diniatkan, namun tidak dilakukan, akan diberikan ganjaran satu kebaikan. Sekiranya amalan itu dilakukan, diberi 10 ganjaran kebaikan. Sedangkan bagi setiap amalan kejahatan yang diniatkan, sekiranya tidak dilakukan, tidak akan dicatatkan baginya dosa, namun sekiranya dilakukan, dicatatkan baginya satu dosa.
Tambahan kepada hadits ketiga, hadits mi’raj ini membahas satu lagi bab penting, iaitu kehadiran niat dalam sesuatu perbuatan. Ini selaras dengan hadits Rasulullah S.A.W bahawa setiap amalan itu tergantung pada niatnya [HR Al-Bukhari dan Muslim].
Menghubungkan kehadiran niat dalam kisah lelaki ini, ternyata niatnya yang ikhlas itu telah menjadi hujjah bagi malaikat rahmat, sebagaimana kata-katanya, ”Dia pergi dengan (niat) bertaubat menghadap Allah sepenuh hati.” Begitulah pentingnya peranan niat yang ikhlas dalam kehidupan seseorang insan. Begitu juga dengan maghfirah Allah S.W.T. Seandainya kita benar-benar ikhlas bertaubat kepadaNya, telah dijanjikan buat kita keampunan sebesar mana sekali pun dosa kita. Sebagaimana kata-kata Harun Yahya (Adnan Oktar atau Adnan Hoca) dalam dokumentarinya yang berjudul ’The Name of Allah’, sekiranya Allah S.W.T itu tidak bersifat Maha Pengampun, pasti tiada seorang pun antara kita yang bakal menjejakkan kaki ke syurgaNya.
Dalam hadits ketiga ini juga kita diperlihatkan perbezaan antara seorang abid (ahli ibadah) dan seorang alim (orang yang berilmu). Perbezaannya cukup jelas dalam memberikan jawapan kepada lelaki tersebut. Jawapan orang alim tersebut ternyata lebih benar. Ini menunjukkan kelebihan orang berilmu dibandingkan ahli ibadah. – sumber
Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua.
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi.
Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)
Wallahu’ Alam- Sfuh.my

No comments: